Monday, November 16, 2020

Trripod untuk kegunaan harian : 3120A

Sebelum ni memang dah ada tripod untuk digunakan bersama dengan DSLR. Tapi selalunya DSLR dengan tripod tu ditinggalkan di tempat kerja sebab banyak digunakan untuk tugasan di tempat kerja.

Dulu rajin gak duk usung bawak balik umah. Tapi makin lama makin malas plak. Haha..
So, kena la cari baru. Cari yang murah-murah sudah. Untuk kegunaan anak-anak gak.

Cari punya cari, jumpa la tripod ni kat shopee. Alhamdulillah dah selamat sampai pun. Kualiti bahan biasa-biasa je tapi amat berpuas hati untuk kegunaan dalam rumah je. Pergerakan tripod pun sangat lancar. Tak de la sekat-sekat macam tripod murah lain yang pernah cuba sebelum ni.


Beginilah kotak tripod model 3120A


Berat tripod ni adalah 420g dan tingginya sekitar 350mm. Tinggi maksimum yang boleh dicapai adalah sekitar 1.2 meter.


Ni isi dalam kotak:
a) Tripod
b) Phone holder
c) Beg

 Kelebihan tripod ni adalah seperti 3 way panhead, 4 section leg, quick leverlock dan rubber legtip.


.

Thursday, November 12, 2020

Bergaya jugak : Revive Pomade

Menarik juga untuk memperkatakan tentang produk tempatan ini. Tak kalah kualitinya dengan pomade keluaran luar. Apa yang menarik tentang pomade Revive (Shone Look) ini ialah logo HALAL nya.
Jarang pomade ada logo halal.

Semakan yang dibuat dalam laman web halal.gov.my, memang ada didaftarkan pomade ini sebagai produk halal.
Barang buatan Malaysia dan mempunyai logo halal.



Merah bergaya.. sokong promosi beli buatan Malaysia. Hehe..



Carian di laman halal.gov.my ada menyenaraikan pomade jenama Revive ini sebagai produk halal.


Kepada sesiapa yang berminat, boleh cuba pakai. :-)


.


Wednesday, November 11, 2020

Bunyi alarm dia memang akan buat orang terjaga - Mr DIY Digital Alarm Clock

Puas mencari-cari jam loceng untuk letak di bilik tidur. Kadang-kadang tu terlewat bangun kalau tido lewat buat kerja dan sebagainya. Dah azan subuh baru terjaga.
Kalau dapat bangun awal sikit, mudah nak bersiap. Sebelum azan subuh pun dah boleh ready macam-macam. Jadi, suka atau tidak, kena cari juga jam loceng satu.

Kenapa tak guna je alarm enset? Hahahaha.. Telinga ni buat sepi je kalo dah penat. Alarm enset plak bunyinya terlalu merdu. Makin nyenyak plak.


Ini bentuk kotaknya : Mr DIY Digital Alarm Clock


Isi kotaknya adalah:
a) Jam Loceng Digital
b) Manual penggunaan


Di bahagian atas ada punat untuk tutup alarm dan juga hidupkan lampu backlight supaya boleh tengok jam dalam gelap.

Atas tu juga ada satu sensor cahaya kalau anda tengok betul-betul atas huruf E tu. Jam ini boleh menyala sendiri jika berada dalam keadaan gelap. Fungsi ini boleh dimatikan jika ingin menjimatkan bateri.


Ini kedudukan punat kawalan di bahagian belakang jam.
1) Boleh set masa / alarm / tarikh
2) On / off alarm
3) Pilih sistem jam (12 jam / 24 jam)
4) On / off sensor cahaya


Jam ini dikuasakan dengan 3 biji bateri bersaiz AAA


Ini adalah paparan jam pada keadaan cerah. Terdapat juga penunjuk suhu.


Ini adalah paparan pada keadaan gelap apabila sensor cahaya dihidupkan.
Jika sensor cahaya dimatikan, lampu backlight boleh dihidupkan untuk beberapa saat dengan menekan punat di atas jam.


So, pada sesiapa yang tengah cari jam loceng, jam ini boleh dijadikan pilihan anda. Bunyinya memang akan mengejutkan anda.

Anda boleh dapatkan jam ini secara atas talian di store Mr DIY.




.

Monday, November 9, 2020

Wanginya set Haruman Dashing Siri Juventus Edisi Cristiano Ronaldo

Pergi econsave hari tu terjumpa la set haruman Dashing Siri Juventus. Ada dua jenis pilihan iaitu edisi 10 Dybala dan juga edisi 7 Cristiano Ronaldo.

Tak ada tester pula nak cuba bau. So, amik la edisi 7 Cristiano Ronaldo. Tak mengecewakan kerana baunya sangat harum. Sesuai dengan citarasa.


Dalam set ini ada 3 item utama:
a) Deodorant Roll-On
b) Deodorant Body Spray
c) Perfume EDT



Deodorant jenis roll-on. Tak melekit langsung bila pakai.


Deodorant body spray ni sesuai untuk yang tak suka jenis roll-on


Perfume jenis EDT. Sengat harum.


So, sesiapa nak cuba set haruman yang maskulin, boleh la try pakai set Dashing Siri Juventus ini.
Untuk kaki bola yang nak buat koleksi pun, boleh dapatkan set ini.




.

Sekolah Cuti Sehingga Hari Terakhir Persekolahan 2020 : Intipati Ucapan Menteri Pendidikan dan Takwim Persekolahan 2021


PKPB telah diumumkan untuk dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali 3 negeri yang mana kadar jangkitan Covid-19 adalah rendah iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan.

Disebabkan pelaksanaan PKPB ini, sektor pendidikan juga turut menerima tempias di mana semua sekolah di seluruh negara juga diarahkan ditutup berkuatkuasa 9 November 2020 sehingga hari terakhir sesi persekolahan 2020. Dengan kata lain, pelajar tidak lagi perlu hadir ke sekolah sehingga akhir tahun 2020.

Ini bukan bermakna tiada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan. Guru dan pelajar masih lagi perlu meneruskan proses (PdP) di rumah secara online iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr)

Berikut merupakan intipati ucapan YB Menteri Pendidikan berkaitan hal ini.

 






Semoga dipermudahkan urusan seluruh warga pendidik dan juga pelajar-pelajar di seluruh negara. Sektor pendidikan merupakan salah satu sektor penting kerana di sinilah bermulanya proses untuk melahirkan insan yang mampu memimpin dan menyumbangkan tenaga kepakaran kepada negara pada masa hadapan.





.

Sunday, November 8, 2020

Mee Celup Cik Siti

Bagi penduduk di sekitar Kawasan Pulai atau Gelang Patah, bolehlah cuba Mee Celup Cik Siti ni. Setakat ni, rasanya tak pernah mengecewakan tekak ni. Citarasa lain-lain tapi mana tau tekak kita sama kan. So, boleh la datang cuba rasa.
Ni alamat warung Mee Celup Cik Siti. 

No. 12-04, Jalan Mohd Said,
Kampung Ulu Pulai,
81550 Gelang Patah.

No. Phone: 0136996463

Boleh call dulu tanya kedai bukak ke tak. Nanti penat je datang dari jauh kalo kedai tutup. Tapi hari Sabtu memang tutup setiap minggu ye.

Selain mee celup, ada juga hidangan lain seperti masakan goreng, nasi kerabu dan lain2.

Boleh tengok contoh makanan di instagram Warung Mee Celup Cik Siti


Jalan masuk ke Jalan Mohd. Said, Kg. Ulu Pulai


Inilah dia Warung Mee Celup Cik Siti. Kalo nampak banner tu, berhentilah.

 

Antara perencah yang ada untuk kasi naik ummpphhh mee celup kita.



Order mee celup perut. Hihi..


Sedap sesangat. Licin.. Hahaha..


Ada pilihan kalo tak nak mee kuning. Boleh pilih maggi, kueyteow or bihun.

Kemudian leh padankan dengan daging, ayam atau perut. Kalo nak spesel pun boleh. Campur semuanya.

Kalo padanannya perut atau daging, harga semangkuk adalah RM5. Kalo pilih ayam, RM6.
Tapi kalo nak rasa semua, amik spesel, RM7.

So, apa lagi. Boleh la datang untuk mencuba.






.


Kabel USB Pelbagai - McDodo 3 in 1 Retractable

Bila nak pergi bercuti or balik kampung, satu masalah nyata ialah nak bawak balik banyak charger. Kita pakai Huawei (USB type-C), anak pakai iPhone (lightning) , orang umah pakai OPPO (micro USB).

Survey punya survey, jumpalah kabel USB pelbagai ni. Ada 3 jenis cable digabungkan sekali. Type-C, Micro USB dan Lightning. Pasni mudah la nak bawak ke mana-mana. Tak perlu lagi usung sampai 3 charger.


Rupa kotak dari bahagian hadapan.


Isi dalam kotak. Hanya ada kabel ini sahaja.


3 jenis hujung kabel.
a) USB Type-C
b) Micro USB
c) Lightning


Kabel ni boleh dipanjangkan sehingga 1.2 meter. Ok la, mudah la sikit.


McDodo. Dalam bekas bulat inilah, wayar digulung untuk menampakkan kekemasan kabel.







.

Wednesday, November 4, 2020

Penangan Pembelajaran Online

Disebabkan sekarang masih lagi dalam tempoh 'bercuti' Covid-19 ni, makanya pembelajaran pun dijalankan secara online keseluruhannya. Timbul satu masalah plak bila bilik ni tak cukup pencahayaan. Nak buat dekat ruang tamu, anak-anak pulak menghimpit. :-)

Sebelum ni dah beli Ring Light masa PKP aritu. Tapi masih kurang ok pencahayaan dalam bilik ni. So, semalam kita beli pulak lagi satu Ring Light. Tapi kali ni jenis mini je la. Yang lama tu, jenis besar gedabak. Yang bestnya, ring light ni pakai usb je. So, boleh cucuk kat power bank. Ring light yang beli masa PKP dulu, perlukan elektrik dari soket. So, tak boleh la nak usung merata.


Ok..ring light ni datang sekali dengan tripod.


Ni depan kotak ring light



Ini adalah isi kandungan dalam kotak. Ada beberapa aksesori yang akan kita dapat.
1) Ring light
2) Phone holder
3) Rotatable head mount 360 degree


Ini adalah tripod yang kita dapat sekali


Tadaaa..dah siap pasang. Tinggi juga kalo maksimum tripod ni kita tarik. Dalam gambar ni belum habis tarik lagi.


Ada alat kawalan disediakan pada kabel.
Fungsi:
1) On / Off
2) Pilih warna lampu. Ada 3 pilihan (putih/kuning/putih+kuning)
3) Kuat dan malapkan lampu


Ok..ring light ni hanya menggunakan usb sahaja untuk punca kuasa. So, boleh cucuk kat power bank sahaja. Mudah nak bawa ke mana-mana. :-)


Ni dia 3 pilihan warna yang ada pada ring light ni.



.


Tuesday, November 3, 2020

Kita buat portable hard disk pulak

Kita dah beli hard disk baru untuk menggantikan hard disk laptop.


Tapi sayang pulak hard disk lama tu. So, kita beli HDD Enclosure Box Case untuk jadikan hard disk lama tu sebagai portable hard disk.

Mudah je. Kita ambil hard disk kita, dan masukkan dalam box case ni. Bila nak guna, just cucuk je cable usb dari box case ni ke port usb komputer. Tak perlu install driver atau apa-apa apps.



Saya pilih jenama Orico sebab tertarik dengan case yang lutsinar. Cun gile..
(Abaikan pen drive tu..haha..)


Inilah isi kandungan kotak.
1) Box Case
2) Cable


Beginilah rupanya selepas kita masukkan hard disk kita ke dalam box case tu. Tu hard disk SSD baru yang saya belum gantikan dalam laptop lagi. Amik gambar contoh dulu. Hihi..


Upgrade hard disk dr HDD ke SSD.

Akhirnya sampai juga yang dinanti. Disebabkan laptop orang rumah dah makin slow dan ruang hard disk pun dah makin berkurang atas sebab kerakusan menyimpan segala kerja, gambar dan lagu2, makanya perlu difikirkan satu solusi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jadi, keputusan akhirnya ialah menukar hard disk adalah pilihan yang dirasakan agak berpatutan. Tapi kenapa pilih SSD berbanding HDD ye?

Berikut adalah kelebihan ringkas SSD berbanding HDD.

1) Lebih laju (15 kali ganda dari HDD)
2) Lebih senyap (kerana tiada sistem mekanikal di dalamnya)
3) Lebih ringan
4) Lebih tahan lama

Tapi kena ingat juga yang SSD ni adalah lebih mahal daripada HDD ye. ☺☺☺

Kenapa pilih jenama LEXAR? Hahaha..
Saje je. Dah biasa guna jenama ni untuk memory card GoPro. Macam ok setakat ini. Tu yang beli jenama ni juga untuk SSD.






Maklumat yang dipaparkan pada belakang kotak


Inilah rupa SSD Lexar NS100