Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

Hari-Hari yang Sunat, Haram dan Makruh Puasa

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)

~ Seperti puasa selama setahun

2. Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.

3. Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah

~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya

4. Puasa pada bulan Muharram

~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari

5. Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram

6. Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram

~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu

~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari selepas.

~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)

7. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.

8. Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban

~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan

9. Puasa pada hari Isnin dan Khamis.

10. Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15

11. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka

~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa



Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar)



Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

sumber: http://wanzatie.wordpress.com/2012/11/24/hari-hari-yang-sunat-haram-dan-makruh-puasa/

Friday, March 7, 2014

Jangan Tinggalkan Sarapan

Walaupun rutin menyediakan sarapan cukup mudah, dalam kalangan masyarakat sekarang yang sentiasa mengejar waktu, menu pemula hari itulah paling kerap ditinggalkan.
Perlu diketahui, cara untuk mencapai matlamat secara berkesan sepanjang meniti jadual harian adalah tenaga positif dan sumbernya ialah pengambilan karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang.


  Justeru, memilih makanan dan minuman yang mengandungi bahan terbaik membekal tenaga adalah penting dalam membantu memberikan sumber nutrien secukupnya untuk tubuh serta minda.

Persoalannya, adakah kita rakyat Malaysia mengambil makanan dan minuman yang bagus, sekali gus memenuhi keperluan nutrien tubuh?

Menurut kajian, jika jawapan anda untuk soalan di atas adalah 'tidak', ia petanda anda juga salah seorang daripada rakyat Malaysia yang selalu tidak bersarapan.

Berdasarkan kajian sama dijalankan penyelidik di Universiti Malaya, orang muda berusia 30 tahun ke bawah adalah kelompok paling besar meninggalkan sarapan.

Tahukah anda, orang yang kerap tidak mengambil sarapan dikatakan akan makan makanan manis sebanyak 40 peratus lebih tinggi, minuman ringan (55 peratus), kurang makan sayur (45 peratus) dan kurang buahbuahan (30 peratus) berbanding mereka yang bersarapan.
 

Mudah gemuk

Dalam kata lain, mereka yang meninggalkan sarapan, mudah obes dan seterusnya mendapat komplikasi penyakit.

Statistik menunjukkan, lelaki yang tidak bersarapan, 27 peratus lebih mudah mendapat serangan jantung, manakala wanita 20 peratus lebih mudah mengalami kencing manis jenis dua.

Jika anda berasa lesu memulakan hari, tidak ada konsentrasi terhadap tugas dan berasa tiada semangat, ia adalah kesan tidak mengambil makanan pemula hari.

Kehebatan menu pagi

Seperti kenderaan yang memerlukan minyak yang betul untuk mengekalkan prestasi, begitu juga dengan tubuh yang perlukan nutrisi untuk kekal bertenaga.

Pengambilan carta pemakanan disyorkan Kementerian Kesihatan, kadar pengambilan sempurna adalah karbohidrat (55 hingga 70 peratus) + protein (10 hingga 15 peratus) + lemak (20 hingga 30 peratus) cukup untuk membekalkan tenaga positif secukupnya untuk tubuh.

Sarapan yang memberikan manfaat sebaiknya adalah jika anda makan makanan berkhasiat.

Kajian di peringkat global membuktikan, pengambilan sarapan boleh meningkatkan kadar memori jangka pendek dan membantu minda lebih fokus kepada tugas.

Ia juga didapati dapat membantu mengawal berat badan kerana pengambilan sarapan dapat mengekal rasa lapar berlebihan.


sumber :