Friday, March 7, 2014

Jangan Tinggalkan Sarapan

Walaupun rutin menyediakan sarapan cukup mudah, dalam kalangan masyarakat sekarang yang sentiasa mengejar waktu, menu pemula hari itulah paling kerap ditinggalkan.
Perlu diketahui, cara untuk mencapai matlamat secara berkesan sepanjang meniti jadual harian adalah tenaga positif dan sumbernya ialah pengambilan karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang.


  Justeru, memilih makanan dan minuman yang mengandungi bahan terbaik membekal tenaga adalah penting dalam membantu memberikan sumber nutrien secukupnya untuk tubuh serta minda.

Persoalannya, adakah kita rakyat Malaysia mengambil makanan dan minuman yang bagus, sekali gus memenuhi keperluan nutrien tubuh?

Menurut kajian, jika jawapan anda untuk soalan di atas adalah 'tidak', ia petanda anda juga salah seorang daripada rakyat Malaysia yang selalu tidak bersarapan.

Berdasarkan kajian sama dijalankan penyelidik di Universiti Malaya, orang muda berusia 30 tahun ke bawah adalah kelompok paling besar meninggalkan sarapan.

Tahukah anda, orang yang kerap tidak mengambil sarapan dikatakan akan makan makanan manis sebanyak 40 peratus lebih tinggi, minuman ringan (55 peratus), kurang makan sayur (45 peratus) dan kurang buahbuahan (30 peratus) berbanding mereka yang bersarapan.
 

Mudah gemuk

Dalam kata lain, mereka yang meninggalkan sarapan, mudah obes dan seterusnya mendapat komplikasi penyakit.

Statistik menunjukkan, lelaki yang tidak bersarapan, 27 peratus lebih mudah mendapat serangan jantung, manakala wanita 20 peratus lebih mudah mengalami kencing manis jenis dua.

Jika anda berasa lesu memulakan hari, tidak ada konsentrasi terhadap tugas dan berasa tiada semangat, ia adalah kesan tidak mengambil makanan pemula hari.

Kehebatan menu pagi

Seperti kenderaan yang memerlukan minyak yang betul untuk mengekalkan prestasi, begitu juga dengan tubuh yang perlukan nutrisi untuk kekal bertenaga.

Pengambilan carta pemakanan disyorkan Kementerian Kesihatan, kadar pengambilan sempurna adalah karbohidrat (55 hingga 70 peratus) + protein (10 hingga 15 peratus) + lemak (20 hingga 30 peratus) cukup untuk membekalkan tenaga positif secukupnya untuk tubuh.

Sarapan yang memberikan manfaat sebaiknya adalah jika anda makan makanan berkhasiat.

Kajian di peringkat global membuktikan, pengambilan sarapan boleh meningkatkan kadar memori jangka pendek dan membantu minda lebih fokus kepada tugas.

Ia juga didapati dapat membantu mengawal berat badan kerana pengambilan sarapan dapat mengekal rasa lapar berlebihan.


sumber : 

No comments:

Post a Comment