Tuesday, November 3, 2020

Kita buat portable hard disk pulak

Kita dah beli hard disk baru untuk menggantikan hard disk laptop.


Tapi sayang pulak hard disk lama tu. So, kita beli HDD Enclosure Box Case untuk jadikan hard disk lama tu sebagai portable hard disk.

Mudah je. Kita ambil hard disk kita, dan masukkan dalam box case ni. Bila nak guna, just cucuk je cable usb dari box case ni ke port usb komputer. Tak perlu install driver atau apa-apa apps.



Saya pilih jenama Orico sebab tertarik dengan case yang lutsinar. Cun gile..
(Abaikan pen drive tu..haha..)


Inilah isi kandungan kotak.
1) Box Case
2) Cable


Beginilah rupanya selepas kita masukkan hard disk kita ke dalam box case tu. Tu hard disk SSD baru yang saya belum gantikan dalam laptop lagi. Amik gambar contoh dulu. Hihi..


Upgrade hard disk dr HDD ke SSD.

Akhirnya sampai juga yang dinanti. Disebabkan laptop orang rumah dah makin slow dan ruang hard disk pun dah makin berkurang atas sebab kerakusan menyimpan segala kerja, gambar dan lagu2, makanya perlu difikirkan satu solusi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jadi, keputusan akhirnya ialah menukar hard disk adalah pilihan yang dirasakan agak berpatutan. Tapi kenapa pilih SSD berbanding HDD ye?

Berikut adalah kelebihan ringkas SSD berbanding HDD.

1) Lebih laju (15 kali ganda dari HDD)
2) Lebih senyap (kerana tiada sistem mekanikal di dalamnya)
3) Lebih ringan
4) Lebih tahan lama

Tapi kena ingat juga yang SSD ni adalah lebih mahal daripada HDD ye. ☺☺☺

Kenapa pilih jenama LEXAR? Hahaha..
Saje je. Dah biasa guna jenama ni untuk memory card GoPro. Macam ok setakat ini. Tu yang beli jenama ni juga untuk SSD.






Maklumat yang dipaparkan pada belakang kotak


Inilah rupa SSD Lexar NS100


Monday, November 2, 2020

Jom makan Jeruk Ummi Kampung

Sesape yang teringin nak makan jeruk tu, boleh la try Jeruk Ummi Kampung ni. Mmg sedap. Suka sangat sebab dia gunakan mangga yang masih rangup. Tak berapa minat jika menggunakan mangga yang lembut dah hampir masak. Hehehe..

Ramuan dia pun sedap sangat. Ada cili dan asam. Perghhh...

Untuk maklumat lanjut, boleh la melawat Facebook Ummi Jeruk Kampung di alamat https://www.facebook.com/Ummi-Jeruk-Kampung-105607144462323/




Sekejap aje nak abiskan jeruk ni sorang diri. Haha..






Lampu meja kedua untuk tahun 2020: Mr. DIY Table Lamp BL-009

 Hari tu keluar cuci mata di Mr DIY. Berkenan plak dengan lampu meja satu ni. Lampu meja sebelum ni pun kebetulan dah rosak. Senang ada portable table lamp ni. Malam2 kalau nak buat kerja, tak perlu buka lampu rumah. Kalau tak nanti, ada la yang ngamuk sebab tak boleh tidur.

So, penyelesaiannya ayah kena beli gak lampu meja ni. Cukup la sekadar menerangi meja untuk menaip di laptop. Dah tua2 ni xboleh menaip dalam gelap dah. Kalo langgar gak, mula la mata bengkak. Huhu..


Inilah dia gambaran hadapan kotak lampu meja BL-009 jenama MR DIY ni.


Saiznya mini sahaja. Sesuai la untuk kegunaan di kawasan meja tulis sahaja.


Lampu ini menggunakan diod LED dan badannya pula diperbuat daripada plastik.


Ini adalah barangan yang akan ada perolehi apabila membeli set lampu meja ini. Ringkas sahaja isinya. Anda akan mendapat:
1) Lampu meja
2) Kabel


Ini adalah keadaan lampu apabila dinyalakan. Terdapat 3 level nyalaan lampu. Jadi kita boleh sesuaikan dengan keperluan cahaya. Dikuasakan dengan penggunaan 3 bateri saiz AA atau dengan menggunakan power bank. Saya tidak menggunakan bateri saiz AA tetapi kuasa terus dari power bank.


Batang lampu ini adalah jenis elastik. Anda boleh memutar dan membengkokkannya sehingga 360 darjah.


Beli Power Bank Kecil Molek : Pineng PN987

Hujung minggu lepas beli satu power bank untuk digunakan dengan lampu meja LED. Dah belek2 tengok, berkenan pulak dengan power bank satu ni. Kecik molek je saiznya. So, apa lagi, tangkap aje. 

Orang kedai tanya, cukup ke 5000mAh? Hahahaha.. ☺️☺️☺️ Cukup la dik. Nak pasang kat lampu LED je pun.

Ukuran power bank ini adalah 92.5 X 63.5 X 12.8mm dengan berat sekitar 105 gram sahaja. Ringan betul. Ada 2 lubang output. So, boleh la caj 2 peranti serentak.



Pineng PN987 dengan kapasiti 5000mAh.


Ini adalah isi kotaknya.
1) Power bank
2) Kabel micro USB
3) Kertas manual


Pandangan atas power bank Pineng PN987. Kecil molek sangat.


Ada lampu indicator di bahagian sisi sebagai ukuran kuasa yang masih ada di dalam power bank ini. Tak ada la paparan LED pada power bank ini.


Di belakang kotak ada menunjukkan spesifikasi power bank ini.


Friday, December 14, 2018

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.




*MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W*

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah,
menguatkan buah pinggang,
membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita engandung
tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan
penuaan, merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."

Buat banner dengan menggunakan Adobe Photoshop

Nak buat banner berukuran 10 kaki x 4 kaki dengan menggunakan Adobe Photoshop.


Width : 10 kaki (tukar kepada inci : darab 12)
Height : 4 kaki (tukar kepada inci : darab 12)

1 kaki = 12 inci

Makanya, kita akan dapat:

Width = 120 inci
Height = 48 inci

Gunakan nilai resolution 72. Jika digunakan nilai yang tinggi, berkemungkinan komputer akan 'berat'.

Bagi banner, cukup setakat resolusi dengan nilai 72. Berbanding dengan poster yang memerlukan gambar yang lebih tajam, makanya bolehlah naikkan nilai resolusi contohnya ke nilai 300.

Color mode pula pilih CMYK berbanding RGB.

Selesai membuat tetapan awal ini, bolehlah mula men'design' banner anda.