Sunday, December 1, 2013

PERINGATAN LUQMAN AL-HAKIM PADA PUTRANYA...


"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.

"Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berfikir (ingat kepada Allah)"

"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."

"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."

"Wahai anakku. Aku sudah memikul batu-batu yang besar. Aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Wahai anakku. Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."

"Wahai anakku! Sepanjang hidupku. Aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :

** Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.

** Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).

** Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
** Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

** Ingatlah kepada Allah s.w.t.

** Ingatlah akan mati.

** Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

** Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.

Sesungguhnya anak-anak adalah aset bagi ibu bapa. Anak-anak adalah anugerah dari ALLAH untuk ibu bapa dan menjadi kekuatan dan kehidupan sebuah keluarga.

Saturday, November 30, 2013

″ 7 KALIMAT PENGHAPUS DOSA ″


Barang siapa hafal tujuh
kalimat,
ia terpandang mulia di
sisi
Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-
dosanya walau sebesar
lautan:

①. Mengucap Bismillah
pada
tiap-tiap hendak
melakukan
sesuatu.

②. Mengucap
Alhamdulillah
pada
tiap-tiap selesai
melakukan
sesuatu.

③. Mengucap
Astagfirullah
jika lidah terselip
perkataan yang
tidak patut.

④. Mengucap Insya
Allah jika
merencanakan berbuat
sesuatu
dihari esok.

⑤. Mengucap La haula
wala
kuwwata illa billah jika
menghadapi sesuatu
tak
disukai dan tak diingini.

⑥. Mengucap Inna lillahi
wa
inna
ilaihi rajiun jika
menghadapi
dan menerima musibah.

⑦. Mengucap La ilaha illa
Allah
Muhammad Rasulullah
sepanjang
siang malam sehingga
tak terpisah dari lidahnya.

″Semoga allah
melapangkan
rezeki
dan kebahagiaan yang
melimpah
buat sahabat yang mengucapkan

″ Sampaikanlah kepada
orang
lain, maka ini akan
menjadi
Shadaqah Jariyah pada
setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan
apabila kemudian dia
mengamalkannya,
maka
kamu juga akan ikut
mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

Follow: @im_moeslim
Sumber: "Mozaik Islam"





Thursday, October 24, 2013

Doa selepas membaca al-Quran

 

Allahummarhamna bil Qur’an waj’alhu lana imamaw wa nuraw wa hudaw warahmah  Allahumma dzakkirna minhu ma nasina wa ‘allimna minhu ma jahilna warzuqna tilawatahu ana allaili wa athrafan nahar waj’alhu lana hujjatan ya Rabbal Alamin ..

Ertinya :
Ya Alloh, sayangilah kami sebab Al-Qur’an, jadikanlah Al-Qur’an sebagai pembimbing, cahaya, petunjuk dan limpahan kasih sayang bagi kami .. Ya Alloh, ingatkanlah apa yang kami lupakan dan berikanlah pengetahuan kepada kami dengan sebab Al-Qur’an dan anugerahkan kepada kami kecintaan untuk membacanya, baik detengah malam maupun dipenghujung siang, dan jadikanlah Al-Qur’an sebagai pedoman hidup kami, wahai TUHAN PENGUASA ALAM …

Wednesday, October 16, 2013

Mengapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki ?


Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”Tunggu..!Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.sumber:www.iluvislam.com

Sunday, September 8, 2013

Panduan Berpantang Bagi Wanita Yang Bakal Melahirkan Anak


p/s : ini hanyalah sebagai panduah sahaja. setiap orang berbeza cara n penerimaan terhadap sesuatu makanan. :-)

Monday, July 15, 2013

Keistimewaan Ramadhan Kepada Umat Nabi Muhammad S.A.W

KEUTAMAAN RAMADHAN KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dari sekelian bulan yang dianugerahkan khas oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam. Ini adalah kerana terdapat amat banyak kelebihan dan kemuliaan di dalam bulan tersebut yang tidak terdapat pada bulan lain. Lantaran itulah Rasulullah s.a.w. menyebut di dalam sabdanya yang bermaksud “Sekiranya umatku mengetahui kebesaran dan kelebihan Ramadhan, nescaya mereka akan meminta Ramadhan itu setahun penuh ”.
Kelebihan yang diberikan oleh Allah bukan hanya diperolehi apabila masuknya detik 1 Ramadhan, malah sebelum kedatangannya juga telah dijanjikan dengan pahala dan balasan baik dari Allah. Ini bertepatan dengan maksud hadith “Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan akan diharamkan dirinya dari simbahan api neraka ”.



 
Berikut ini akan dinyatakan beberapa keutamaan bulan Ramadhan antaranya ialah :
1. Bulan diwajibkan berpuasa. Satu-satunya bulan yang difardhukan untuk berpuasa ialah Ramadhan. Ia mula diwajibkan pada tahun ke 2 hijrah dan hukumnya akan kekal sehingga hari kiamat sebagai ibadah yang sangat penting untuk menundukkan hawa nafsu mazmumah agar seseorang itu benar-benar mengagungkan Allah S.W.T, mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Terdapat banyak kelebihan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa. Abu Hurairah ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. yang bermaksud “Puasa itu perisai, maka janganlah kamu mencela dan berkata-kata kotor, jika ada seseorang yang mahu mencelanya, katakanlah kepadanya : sesungguhnya aku ini berpuasa - 2 kali -. Demi diriku yang berada di tanganNya, bahawasanya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi di sisi Allah daripada bauan kasturi, dia berpuasa dengan meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwatnya semata-mata keranaKu. Ibadat puasa itu adalah untukKu dan Akulah yang akan memberi balasan pahala kepadanya, dan setiap satu kebajikan itu akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali ganda”. ( Hadith riwayat al-Bukhari ).
Matlamat dari tujuan puasa ialah untuk melahirkan manusia yang benar-benar bertakwa kepada Allah S.W.T dengan syarat puasa yang dilakukan sempurna tanpa ada cacat dan celanya mengikut syarat dan rukun yang telah ditetapkan.

2. Bulan kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi yang bermaksud “Awalnya adalah kerahmatan, pertengahannya ialah keampunan dan penghujungnya ialah pembebasan dari api neraka ”. Hadith ini menjelaskan bahawa Ramadhan itu mempunyai 3 peringkat yang jika dilalui dengan baik akan melahirkan manusia yang benar-benar bertakwa kepada Allah S.W.T.

3. Bulan diturunkan al-Quran. Maksud firman Allah S.W.T di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185 :“Bulan Ramadhan itu adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk tersebut dan pemisah di antara yang hak dan yang batil ”.
Ayat al-Quran pertama diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad ialah ayat 1-5 surah al-Alaq ketika baginda beruzlah di Gua Hira. Datanglah Malaikat Jibril membawa wahyu dari Allah sebagai isyarat perlantikan baginda sebagai nabi dan rasul. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan.
Sesungguhnya kitab lain yang diturunkan oleh Allah kepada para rasul turut berlaku pada bulan Ramadhan. Suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada malam 1 Ramadhan, Kitab Taurat pada 6 Ramadhan, Kitab Injil pada 13 Ramadhan dan kitab Zabur pada tanggal 12 Ramadhan.

4. Ramadhan adalah bulan kemenangan. Ini merujuk kepada kemenangan tentera Islam di dalam Perang Badar dan penaklukan Kota Makkah yang berlaku pada bulan Ramadhan. Perang Badar adalah peperangan pertama dalam sejarah Islam berlaku pada 17 Ramadhan 2 tahun selepas hijrah baginda ke Madinah. Walaupun kurang dari sudut bilangan tentera dan alat persenjataan, tentera Islam mencapai kemenangan yang kemudiannya telah menguatkan lagi kedudukan orang Islam dan penyebaran agama Islam. Peperangan yang dianggap sebagai penentu jatuh bangun Islam telah dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 123 maksudnya “Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar padahal kamu pada ketika itu orang-orang yang lemah ”.
Manakala peristiwa Pembukaan Kota Makkah berlaku pada 20 Ramadhan tahun ke 8 hijrah. Ia berlaku disebabkan perbuatan Musyrikin Quraisy yang telah melanggar isi Perjanjian Hudaibiah.
Melihat kepada kedua-dua kemenangan ini dicatatkan berlaku pada bulan Ramadhan. Ia adalah sebagai manifestasi pengabdian diri kepada Allah bahawa puasa bukanlah halangan bagi terhasilnya suatu kemenangan. Para Sahabat Nabi diibaratkan sebagai rahib yang kuat beribadat di waktu malam sedang pada siang harinya seumpama kuda yang ligat dan tangkas pergerakannya.

5. Bulan penghapus doa. Sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang dilakukan antara kedua-dua tempoh tersebut, asal sahaja bukan dosa besar ”.
Di dalam satu hadith lain, Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu ”.

6. Di dalam bulan Ramadhan adanya satu malam yang digambarkan oleh Allah S.W.T sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam yang dimaksudkan ialah Lailatul Qadar, malam penuh kemuliaan dan ketinggian yang akan diberikan kepada orang beriman yang bermujahadah mencari keredhaan Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan baginya kebajikan pada malam itu, dia akan diharamkan daripada segala kebajikan ”.
Rasulullah s.a.w. telah menyatakan bahawa bahawa malam al-Qadar itu hanya dikhaskan dan diberikan kepada umatnya sahaja dan tidak diberikan sebelumnya kepada kaum dan umat terdahulu. Lantaran itulah baginda menyarankan kepada umatnya supaya menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan kerana Lailatul Qadar dianugerahkan Allah pada salah satu dari malam tersebut. Kesungguhan Rasulullah s.a.w. terhadap malam tersebut menyebabkan baginda beriktikaf di masjidnya di samping memerintahkan sekelian ahli keluarganya supaya berjaga agar dapat memperolehi Lailatul Qadar.

7. Solat Tarawih hanya didirikan pada malam Ramadhan dan tidak pada malam pada bulan selainnya. Tradisi amalan menghidupkan malam Ramadhan dengan solat tarawih bermula sejak zaman Rasulullah dan kekal sehingga ke hari ini. Walaupun terdapat perbezaan dari sudut jumlah rakaatnya, tetapi yang penting ianya dilaksanakan samada secara berjemaah mahupun secara bersendirian.
Di dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya“Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah nescaya akan diampunkan dosanya yang lalu ”. Walaupun hadith ini secara umum menerangkan tentang amal ibadat malam Ramadhan, Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa qiam Ramadhan yang dimaksudkan ialah mengerjakan Solat Tarawih.
Amat bertuahlah kepada umat Nabi Muhammad kerana dianugerahkan dengan bukan Ramadhan yang diibaratkan sebagai bulan terbaik dengan terkandung di dalam bulan tersebut pelbagai kurniaan dan kelebihan.
Sabda Rasululah s.a.w. daripada Abu Hurairah maksudnya “Umatku diberi Allah 5 perkara di bulan Ramadhan yang tidak diberi kepada umat-umat terdahulu :
  • bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi
  • malaikat akan memohon keampunan kepada Allah untuk orang-orang berpuasa sehingga sampai waktu berbuka
  • syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak boleh berleluasa seperti biasa
  • Allah akan menghiasi sturga setiap hari ( sebagai kurniaan untuk orang yang berpuasa )
  • Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang berpuasa sehingga akhir bulan Ramadhan.