Saturday, January 9, 2021

Apple Pencil 2 - Mudah dan Praktikal

 Selesai beli iPad Air 4, terus beli Apple Pencil 2 kat Shopee Switch. Kebetulan masa tu ada sale. Dapat la diskaun RM50. Jimat tu..

Kena beli juga Apple Pencil 2 ni sebab memang tujuan beli iPad ni yang utama adalah berkaitan dengan sketching. Kalo sketch pakai jari je, memang agak susah la. So, dengan adanya Apple Pencil 2 ni, mudah sikit untuk laksanakan tugas yang berkaitan.



Beginilah rupa luaran kotak.



Isi dalam kotak:
a) Apple Pencil 2
b) Manual


Terdapat logo Apple dan perkataan pencil di bahagian belakang pensel.


Mata pensel yang boleh ditukar ganti tetapi tidak boleh diasah. :-p


Apple Pencil 2 ini menggunakan sambungan bluetooth untuk membolehkannya berhubung dengan iPad.


Cara nak sambungkan pensel ni mudah sahaja, hanya lekatkan sahaja di bahagian bermagnet pada iPad anda, nanti akan keluar gambar pensel tu pada skrin iPad dan hanya ikut arahan seterusnya.

Cara nak cas pun mudah, sama juga, hanya lekatkan sahaja dibahagian bermagnet dan dia akan cas secara automatik. Akan keluar simbol peratus bateri pensel tu pada skrin.

.

Akhirnya..Tiba juga iPad Air 4

10 hari menanti selepas tempahan online yang dibuat, akhirnya barangan yang dinantikan telah sampai ke tangan. Dah lama teringin satu tablet bagi menggantikan tablet Sony Xperia Tablet Z yang dah rosak hampir setahun lebih tu. Ada tugas-tugas yang amat memerlukan penggunaan tablet kerana saiz skrin yang lebih besar dari handphone dan lebih portable dari laptop.


Model Sony Xperia Tablet Z. Skrin pecah. Huhu.. 
Dah bertahun-tahun pakai.

Hati ni berkenan sangat dengan Samsung Tab S7+. Semua spesifikasi yang ditawarkan sangat-sangat menarik perhatian diri ini. Huhu..


Samsung Tab S7+ yang sangat mengiurkan. :-)

Tapi setelah pelbagai penelitian dibuat terutama yang berkaitan dengan tugasan rasmi, akhirnya nekad memilih iPad Air 4. So, terus order online kat web Apple Malaysia. Tempoh penghantaran yang dia bagi adalah selama lebih kurang 14 hari. Penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan kurier Syarikat UPS.


Tempahan telah sampai dengan mengambil masa 10 hari menggunakan perkhismatan dari Syarikat UPS.


Bungkusan ringkas dalam kotak pembungkus yang dihantar.

 

Pandangan hadapan kotak iPad Air 4.


Tadaaa.. Inilah tablet yang telah menjadi pilihan. iPad Air 4 256gb Grey.



Isi kandungan dalam kotak:
a) iPad Air 4
b) Adapter pengecas
c) Cable type-C kepada type-C
d) Buku manual
e) Sim ejector
f) Sticker logo Apple




Hola !!!


Terus pasang screen protector yang dah dibeli awal-awal lagi. :-p

Harapnya, dengan ada tablet ni, dapat membantu memudahkan kerja seharian. Dengan izin Allah..


Rak Serbaguna dan LED Light Box

Hari tu ada beli rak serbaguna untuk letak barang-barang kecil kat umah. Boleh la setakat letak buku ngan hiasan-hiasan yang patut. Cari kat Shopee, berkenan terus beli.


Bungkusan yang tiba. Dibungkus rapi.


Beginilah rupa rak yang telah siap dipasang. 


Ada 4 tingkat. Pilih warna hitam. 
Saiz yang dipilih adalah 60cm x 148cm.


Masa cari rak ni kat Shopee, ada ternampak LED Light box. Terbekenan pula hati ni. So, kita grab gak la. Alang-alangkan..haha..


Beginilah bungkusan LED Light Box yang diterima.
Saiz A4.


Isi dalam kotak:
a) Light Box
b) Kepingan huruf/nombor/simbol
c) Kabel kuasa


Light Box ni juga boleh dikuasakan dengan menggunakan bateri sahaja.
Lebih mudah dan portable.



Beginilah keadaan bila rak dan light box ni disatukan.

.

Friday, January 8, 2021

Rangkaian 3G di Malaysia akan Ditamatkan


Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, rangkaian 3G di Malaysia akan ditamatkan sepenuhnya pada akhir tahun 2021. Ini bermakna tahun ini merupakan tahun terakhir untuk kita merasa rangkaian 3G ni. 

Kenapa 3G ditamatkan? ini disebabkan untuk membuat persiapan kepada penyediaan rangkaian 5G yang lebih menyeluruh di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari liputan berita di Web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-clippings/rangkaian-3g-di-malaysia-tamat-akhir-2021

Harap-harapnya, bila dah ada 5G tu, biarlah menyeluruh. Jangan la kat sini ada line, balik kampung xde line dan yang penting, biarlah stabil. Jangan kejap laju, kejap slow, kejap xde line. Bil jalan macam tu jugak.

.

Thursday, December 17, 2020

Mudah dan Praktikal : Phone Holder dan Tab Holder






 Musim-musim kelas online ni, phone holder dengan tab holder ni penting sangat. Meja dah penuh dengan buku, kertas dan sebagainya. Jadi penting holder ni. Kita letak je kat tripod, abis cite. Jimat ruang. Haha..

Ingat nak beli yang mahal sikit tapi bajet tidak mengizinkan. Huhu..

Jenis ni memang murahan. Kena hati-hati. Tak boleh terjatuh. Kalo tak, selamat tinggal la. 
Nanti ada bajet lebih, kita beli yang mahal sikit. Hihi..





.

Monday, November 16, 2020

Trripod untuk kegunaan harian : 3120A

Sebelum ni memang dah ada tripod untuk digunakan bersama dengan DSLR. Tapi selalunya DSLR dengan tripod tu ditinggalkan di tempat kerja sebab banyak digunakan untuk tugasan di tempat kerja.

Dulu rajin gak duk usung bawak balik umah. Tapi makin lama makin malas plak. Haha..
So, kena la cari baru. Cari yang murah-murah sudah. Untuk kegunaan anak-anak gak.

Cari punya cari, jumpa la tripod ni kat shopee. Alhamdulillah dah selamat sampai pun. Kualiti bahan biasa-biasa je tapi amat berpuas hati untuk kegunaan dalam rumah je. Pergerakan tripod pun sangat lancar. Tak de la sekat-sekat macam tripod murah lain yang pernah cuba sebelum ni.


Beginilah kotak tripod model 3120A


Berat tripod ni adalah 420g dan tingginya sekitar 350mm. Tinggi maksimum yang boleh dicapai adalah sekitar 1.2 meter.


Ni isi dalam kotak:
a) Tripod
b) Phone holder
c) Beg

 Kelebihan tripod ni adalah seperti 3 way panhead, 4 section leg, quick leverlock dan rubber legtip.


.

Thursday, November 12, 2020

Bergaya jugak : Revive Pomade

Menarik juga untuk memperkatakan tentang produk tempatan ini. Tak kalah kualitinya dengan pomade keluaran luar. Apa yang menarik tentang pomade Revive (Shone Look) ini ialah logo HALAL nya.
Jarang pomade ada logo halal.

Semakan yang dibuat dalam laman web halal.gov.my, memang ada didaftarkan pomade ini sebagai produk halal.
Barang buatan Malaysia dan mempunyai logo halal.



Merah bergaya.. sokong promosi beli buatan Malaysia. Hehe..



Carian di laman halal.gov.my ada menyenaraikan pomade jenama Revive ini sebagai produk halal.


Kepada sesiapa yang berminat, boleh cuba pakai. :-)


.