Sunday, January 10, 2021

Bluetooth Keyboard: Mudahkan urusan seharian

Kali ni nak cerita tentang bluetooth keyboard pula. Bila kita menaip menggunakan on screen keyboard pada iPad, feel dia lain. Agak tidak menyeronokkan dan ruang skrin akan menjadi kecil.

Oleh itu, penyelesaiannya adalah dengan menggunakan bluetooth keyboard untuk kerja-kerja menaip.
Keyboard ini dibeli melalui Shopee. Dengan menggunakan bluetooth untuk berhubung dengan iPad, ianya amat memudahkan urusan harian.

Keyboard ini dikuasakan dengan batei sebesar 250mAh yang boleh bertahan selama 44 jam penggunaan berterusan. Terdapat port pengecasan micro usn di bahagian tepi keyboard untuk mengecas.


Beginilah rupa bluetooth keyboard yang dibeli


Keynya sangat sedap untuk ditaip.


Terdapat dua button:
a) Connect : untuk membuat hubungan dengan iPad secara bluetooth
b) Off/On : untuk hidup dan matikan kuasa keyboard


Keyboard ini boleh digunakan untuk 3 platform:
a) Android (tablet/handphone)
b) Windows
c) iOS


Logitech Pebble M350: Mouse yang Comel

Bila dah nak gunakan iPad untuk jadikannya sebagai mini komputer, makanya kita memerlukan beberapa device sokongan untuk membantu kita melaksanakan tugasan secara maksimum. 

Antara device asal yang perlua ada adalah seperti mouse dan keyboard. Disebabkan itu juga, pencarian mouse pun bermula. Setelah diteliti dengan sedalamnya, keputusan telah dibuat untuk menangkap 'tikus' ini. 

Bluetooth mouse keluaran Logitech ini amat sesuai untuk dipadankan dengan iPad Air 4. Model Pebble M350 ni sangat la comel, ringan dan senyap. Suka sangat dengan designnya.


Rupa luaran kotak Pebble M350.


Isi kandungan kotak:
a) Bluetooth Mouse
b) Manual


Dari sisi dah boleh nampak betapa nipisnyanya mouse ni. Sedap dipegang dan mudah digunakan.


Ini adalah button On/Off.


Ini pula adalah button untuk kita connect dengan sambungan bluetooth komputer/tablet/handphone


Logitech menyatakan bahawa satu bateri dapat digunakan selama 18 bulan.

Setakat hari ini, amat selesa menggunakan mouse ini. Bukan sahaja kecil tapi prestasinya juga amat baik.
Kecil-kecil cili padi.
.


iPad Cover yang ada Pemegang Apple Pencil : Senang Simpan Pensel

iPad cover ni sebenarnya dah beli awal sebelum iPad tu sampai ke tangan. Haha.. So, bila dah dapat iPad tu, leh terus pasang. Tak ada la nak menunggu beli cover pula.

Cover ni jenis bertutup penuh. Diperbuat dari TPU + PU Leather. Mudahnya cover ni sebab boleh dilipat menjadi stand kepada iPad kalo nak buat kerja atau nak tengok movie.

Cover ni juga ada menyediakan tempat untuk meletakkan Apple Pencil. Jadi, xde la letak pensel tu merata-rata. Kalo hilang, nangis tak berlagu la. Harga dah la macam hape.




Lapisan depan boleh dilipat untuk dijadikan stand


Macam ni la rupa bila dah dipasangkan iPad ke dalamnya. 
Ruangan letak Apple Pencil pun ada.

Saturday, January 9, 2021

Apple Pencil 2 - Mudah dan Praktikal

 Selesai beli iPad Air 4, terus beli Apple Pencil 2 kat Shopee Switch. Kebetulan masa tu ada sale. Dapat la diskaun RM50. Jimat tu..

Kena beli juga Apple Pencil 2 ni sebab memang tujuan beli iPad ni yang utama adalah berkaitan dengan sketching. Kalo sketch pakai jari je, memang agak susah la. So, dengan adanya Apple Pencil 2 ni, mudah sikit untuk laksanakan tugas yang berkaitan.



Beginilah rupa luaran kotak.



Isi dalam kotak:
a) Apple Pencil 2
b) Manual


Terdapat logo Apple dan perkataan pencil di bahagian belakang pensel.


Mata pensel yang boleh ditukar ganti tetapi tidak boleh diasah. :-p


Apple Pencil 2 ini menggunakan sambungan bluetooth untuk membolehkannya berhubung dengan iPad.


Cara nak sambungkan pensel ni mudah sahaja, hanya lekatkan sahaja di bahagian bermagnet pada iPad anda, nanti akan keluar gambar pensel tu pada skrin iPad dan hanya ikut arahan seterusnya.

Cara nak cas pun mudah, sama juga, hanya lekatkan sahaja dibahagian bermagnet dan dia akan cas secara automatik. Akan keluar simbol peratus bateri pensel tu pada skrin.

.

Akhirnya..Tiba juga iPad Air 4

10 hari menanti selepas tempahan online yang dibuat, akhirnya barangan yang dinantikan telah sampai ke tangan. Dah lama teringin satu tablet bagi menggantikan tablet Sony Xperia Tablet Z yang dah rosak hampir setahun lebih tu. Ada tugas-tugas yang amat memerlukan penggunaan tablet kerana saiz skrin yang lebih besar dari handphone dan lebih portable dari laptop.


Model Sony Xperia Tablet Z. Skrin pecah. Huhu.. 
Dah bertahun-tahun pakai.

Hati ni berkenan sangat dengan Samsung Tab S7+. Semua spesifikasi yang ditawarkan sangat-sangat menarik perhatian diri ini. Huhu..


Samsung Tab S7+ yang sangat mengiurkan. :-)

Tapi setelah pelbagai penelitian dibuat terutama yang berkaitan dengan tugasan rasmi, akhirnya nekad memilih iPad Air 4. So, terus order online kat web Apple Malaysia. Tempoh penghantaran yang dia bagi adalah selama lebih kurang 14 hari. Penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan kurier Syarikat UPS.


Tempahan telah sampai dengan mengambil masa 10 hari menggunakan perkhismatan dari Syarikat UPS.


Bungkusan ringkas dalam kotak pembungkus yang dihantar.

 

Pandangan hadapan kotak iPad Air 4.


Tadaaa.. Inilah tablet yang telah menjadi pilihan. iPad Air 4 256gb Grey.



Isi kandungan dalam kotak:
a) iPad Air 4
b) Adapter pengecas
c) Cable type-C kepada type-C
d) Buku manual
e) Sim ejector
f) Sticker logo Apple




Hola !!!


Terus pasang screen protector yang dah dibeli awal-awal lagi. :-p

Harapnya, dengan ada tablet ni, dapat membantu memudahkan kerja seharian. Dengan izin Allah..


Rak Serbaguna dan LED Light Box

Hari tu ada beli rak serbaguna untuk letak barang-barang kecil kat umah. Boleh la setakat letak buku ngan hiasan-hiasan yang patut. Cari kat Shopee, berkenan terus beli.


Bungkusan yang tiba. Dibungkus rapi.


Beginilah rupa rak yang telah siap dipasang. 


Ada 4 tingkat. Pilih warna hitam. 
Saiz yang dipilih adalah 60cm x 148cm.


Masa cari rak ni kat Shopee, ada ternampak LED Light box. Terbekenan pula hati ni. So, kita grab gak la. Alang-alangkan..haha..


Beginilah bungkusan LED Light Box yang diterima.
Saiz A4.


Isi dalam kotak:
a) Light Box
b) Kepingan huruf/nombor/simbol
c) Kabel kuasa


Light Box ni juga boleh dikuasakan dengan menggunakan bateri sahaja.
Lebih mudah dan portable.



Beginilah keadaan bila rak dan light box ni disatukan.

.

Friday, January 8, 2021

Rangkaian 3G di Malaysia akan Ditamatkan


Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, rangkaian 3G di Malaysia akan ditamatkan sepenuhnya pada akhir tahun 2021. Ini bermakna tahun ini merupakan tahun terakhir untuk kita merasa rangkaian 3G ni. 

Kenapa 3G ditamatkan? ini disebabkan untuk membuat persiapan kepada penyediaan rangkaian 5G yang lebih menyeluruh di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari liputan berita di Web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-clippings/rangkaian-3g-di-malaysia-tamat-akhir-2021

Harap-harapnya, bila dah ada 5G tu, biarlah menyeluruh. Jangan la kat sini ada line, balik kampung xde line dan yang penting, biarlah stabil. Jangan kejap laju, kejap slow, kejap xde line. Bil jalan macam tu jugak.

.