Tuesday, April 26, 2011
Huzaifah al-Yaman
Huzaifah Al-Yamani adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Bapa Huzaifah, Al-Yaman adalah seorang penduduk Makkah dari suku Abs. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Yathrib dan menjadi sekutu kepada suku kaum Bani Al-Ashal. Ibunya pula berasal dari suku kaum ini.
Digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi S.A.W mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah.
Ketika zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.
Menurut catatan sejarah, di antara sekalian sahabat Nabi, yang pertama sekali menjadikan ibadah secara satu Tarekat yang khusus, adalah sahabat Nabi S.A.W yang bernama Huzaifah Bin Al-Yaman, seorang sahabat nabi yang mulia dan terhormat. Beliaulah yang pertama kali menyampaikan ilmu-ilmu yang kemudian hari kita kenal dengan Tasauf dan beliaulah yang membuka jalan serta teori-teori untuk ini.
Ada yang berkata kepada Huzaifah Bin Al-Yaman, : “Kami lihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah seorang sahabat Nabi yang lain dari tuan, dari mana tuan peroleh akannya?” Jawabnya : “Rasulullah S.A.W telah menentukannya kepada saya. Orang banyak menanyai Rasulullah S.A.W dari hal yang baik-baik, tetapi saya menanyai beliau dari hal yang jahat-jahat, apa yang jahat itu, dengan maksud agar mengetahuinya, supaya dapat menjauhkan diri daripadanya ; Sedang mengenai yang baik saya tidak takut ketinggalan dan sebagainya.” “Siapa yang tidak mengenal kejahatan, ia tidak akan mengenal kebaikan. “ Demikian kata Huzaifah Al- Yaman.
Dalam keterangannya yang lain tersebut : “Banyak orang yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : “ Ya Rasulullah, apa pahala mengerjakan ini dan itu ? “ Mereka menanyai Rasulullah S.A.W darihal fadhilat-fadhilat amalan, tetapi selalu berkata kepada Rasulullah S.A.W :” Apa yang merosakkan amal ini dan amal itu, “ Seraya menanyakan pelbagai perosak-perosak yang akan merosakkan amalan-amalan.”
Kata seorang ulama Tasauf, Abu Talib Al- Makki : “Huzaifah bin Al-Yaman telah di tentukan menpunyai ilmu mengenai orang munafik. Dia sendiri yang khusus mempunyai pengetahuan tentang sifat-sifat munafik, rahsia-rahsia ilmu dan faham-faham yang halus, dan mempunyai ilmu tentang keyakinan yang tersembunyi di antara sahabat-sahabat Nabi S.A.W. Misalnya Umar Al-Khattab tidak mahu turut menyembahyangkan seorang yang wafat, kalau di lihatnya Huzaifah Bin Al-Yaman tidak turut menyembahyangkannya. Kerana Huzaifah mempunyai pengetahuan tentang ilmu batin, dia tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak”
Demikianlah, pada masa hidupnya, di sekeliling Huzaifah Bin Al-Yaman, telah berdiri suatu madrasah kecil yang terdiri dari sebahagian sahabat-sahabat, misalnya Wasibah, yang terkenal dalam suatu riwayat, yang mengatakan : “Saya telah mendatangi Rasulullah S.A.W. Saya tidak hendak membiarkan sesuatu kebaikan atau kejahatan melainkan saya akan tanyai Nabi dalam hal tersebut. Saya langkahi orang banyak untuk sampai ke tempat Nabi S.A.W. Sahabat-sahabat mengatakan, “ Jauhlah engkau, hai Wasibah dari Rasulullah S.A.W” Tetapi saya katakana pada mereka : “Biarkanlah saya mendekati beliau, kerana beliaulah manusia yang paling saya cintai.” Kemudian Rasulullah berkata kepada Wasibah : “Hai Wasibah, saya datang mengkhabarkan kepada engkau mengenai maksudmu datang ini atau engkau yang akan menanyakannya kepada saya?” Jawab Wasibah: “Tuanlah Rasulullah yang mengkhabarkannya kepada saya .” Kata Nabi S.A.W. : “ Engkau datang hendak menanyakan apakah kebaikan itu dan apakah dosa itu.” “Benar, ya Rasulullah,” jawab Wasibah. Lalu Nabi mengumpulkan sekalian ank jarinya dan menggaru-garu dada saya dengan anak jari beliau itu, seraya berkata, tanyalah hatimu, hai wasibah,” kerana yang baik itu yang tenang di dalam hati dan yang dosa itu selalu pulang balik di dalam dada manusia, walaupun orang ramai memberi fatwa kepada engkau dan engkau pun memberi fatwa kepada orang ramai.”
Hadis yang di atas tersebut, termasuk salah satu tiang dari Ilmu Tasauf, kerana Tasauf itu sebahagian besar ianya mengenai lapangan-lapangan perasaan hati manusia.
Akan tetapi madrasah Tasauf yang didirikan Huzaifah pada masa itu masih belum terkenal dengan nama Tasauf, masih sangat sederhana sekali. Belum ada tersiar riwayat-riwayat dan berita-berita mengenai madrasah Huzaifah Al-Yaman ini sebagaimana yang akan tersiar dari madrasah-madrasah Tasauf pada abad kedua Hijriah, di mana pelbagai ilmu dan pengetahuan-pengetahuan mengenai Tsauf telah tersiar.
Benar, madrasah kecil dari Huzaifah itu sendiri akan menghasilkan hasilnya pada abad depannya, di mana murid-muridnya terus mengembanglan pengetahuannya sehingga tersiar luas. Walaupun demikian, Imam Sufi yang pertama di dalam sejarah Islam iaitu Al-Hasanul Basri. Seorang ulama besar Tabiin, adalah murid beliau dan keluaran madrasah ini.
-Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment