Saturday, June 18, 2011

Tips Menjaga Kamera


Kamera adalah merupakan gajet paling penting bagi seorang fotografer. Setelah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membeli kamera anda, pasti anda tak mahu ianya rosak disebabkan beberapa faktor yang boleh dielakkan bukan? Kamera digital adalah gajet yang amat 'delicate' dan sekiranya anda tidak tahu bagaimana cara untuk menjaganya, akan mudah rosak.


Selain daripada mempelajari asas-asas fotografi, satu lagi aspek yang harus diberikan penekanan adalah teknik bagaimana menjaga kamera digital anda.

Di sini saya berikan beberapa tips yang saya praktikkan untuk menjaga kamera.

Lensa
Lensa adalah bahagian paling penting bagi sesebuah kamera. Ia merupakan jendela mata kita. Penting bagi kita untuk memastikan lensa sentiasa bersih. Jangan sesekali meyentuh lensa menggunakan jari kerana ini akan mengotorkan bahagian lensa. Sekiranya lensa anda kotor, bersihkan menggunakan alat pembersihan yg sesuai.

Suhu
Penyimpanan kamera digital juga merupakan suatu perkara penting yg perlu dititikberatkan. Elakkan menyimpan kamera digital anda di tempat yg terlalu panas atau terlalu sejuk, contohnya, dalam bonet kereta atau freezer. Suhu yang terlampau ini akan menyebabkan kamera mudah rosak. Simpan kamera pada suhu bilik atau sekiranya anda berada di luar, bawa kamera bersama2 anda dan jangan tinggalkannya di dalam kereta.

Magnetic
Komponen penting dalam kamera digital adalah litarnya dan sebarang jenis magnetic akan menjejaskan kamera digital dan menyebabkan kegagalan fungsi. Adalah bagus sekiranya anda jauhkan ia dari sebarang peralatan elektronik seperti televisyen, hi-fi atau home entertainment system.

Komponen-komponen Lain
Apabila anda tidak menggunakan kamera digital dan hendak menyimpannya, pastikan anda mengeluarkan bateri dari kamera tersebut.
Keluarkan juga memory card dan pastikan anda menjaga memory card dengan baik kerana ianya kecil dan mudah rosak.

http://lensamama.blogspot.com/2010/04/tips-bagaimana-menjaga-kamera-digital.html

.

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W



1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."
5. SURAH AL-KHAUTHARSesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUNSesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULKSebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

http://sesaljubayu.blogspot.com/2010/01/10-surah-yang-mujarab-dari-nabi.html


.

Panduan Memilih Kamera Digital



Ramai juga yang ingin memiliki kamera digital tetapi tidak tahu memilihnya. Zaman sekarang, orang dah tak pakai kamera analog yang beroperasi menggunakan teknik dedahan cahaya kepada filem, tetapi semuanya menggunakan digital. Bila sebut saja kamera digital yang ada 10 megapixel, maka ramailah yang terngaga, "Wow... 10 megapixel!". Saya kerap kali terdengar orang tanya, "Awak punya kamera berapa megapixel? Berapa harga beli?" Bila saya jawab, "5.0 megapixel, harga RM1200" Lalu dikatakan, "Mahalnya, saya beli 6.0 megapixel cuma RM700 sahaja." Dalam hati saya cuma menjawab, "Sebenarnya di Carefoure pun, ada cuma RM300 lebih, kamera yang berkemampuan hingga 12 megapixel!" Inilah sindrom tidak memahami teknologi, sehingga merugikan kita.

Justeru saya ingin berkongsi sedikit tentang panduan mendapatkan kamera digital yang baik. Saya sendiri bukanlah pakar dalam bidang kamera, bukan juga cameraman yang bagus, cuma sekadar berkongsi teori yang wajib difahami dan diketahui. Bak kata orang, ilmu itu suatu kekayaan. Dengan ilmu boleh mengelakkan kerugian. Memahami Keperluan Megapixel Kamera Hakikatnya, untuk cetakan gambar digital sehingga bersaiz A4, kita cuma perlukan cuma sehingga 3 megapixel sahaja. Lebih dari itu, ia tidak akan lagi mencantikkan kualiti cetakan. Kualiti cetakan anda tidak terjejas. Tidak akan bertambah cantik. Apatah lagi jika anda cuma 'mencuci' gambar sekadar bersaiz 4R ata 6R, tiada maknanya menggunakan megapixel yang besar. Apa itu megapixel? Megapixel secara mudahnya ialah saiz digital sesuatu gambar. Gambar yang diambil oleh kamera digital yg terdiri daripada berjuta2 pixel titik warna.

Mudahnya, jika titik itu semakin banyak dalam satu ruangan yang sempit, titik itu akan menjadi lebih kecil. Jika titik itu menjadi lebih kecil, maka sudah tentu kualiti gambar akan lebih halus. Saya tidak mahu menggunakan kaedah yang terlalu teknikal, cukuplah anda faham dengan cara yang mudah: Adakah pen yang bermata besar boleh lukis satu lukisan yang halus? Sudah tentu tidak. Suatu gambar yang halus dan cantik bila titik-titiknya itu sangat halus. Justeru, jika sampai tahap yang halusnya itu sudah memenuhi ruang, maka ia tidak lagi boleh halus. Kalaupun gambar itu halus, pencetaknya pula tidak mampu untuk mencetak sehalus itu. Masih blur? Mudahnya, cukuplah kamera digital anda bermegapixel 4 megapixel untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lebih daripada itu, anda tidak perlu lagi, melainkan anda seorang juru kamera profesional yang memang kerja anda menghasilkan gambar dan diupah beribu2 ringgit. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kita sendiri tidak gunakan. Jangan bazirkan duit dengan beli yang bermegapixel tinggi.

Hari ini, majoriti megapixel paling kurang yang dijual dikedai ialah 4 megapixel.

Lensa
Unsur yang kedua yang sangat penting, tetapi sering diabaikan ialah jenis lensa. Tidak pernah orang tanya apak jenis lensa yang digunakan. Lensa yang baik ialah jenis vario tessar, atau leica, ataupun nikkor, ataupun lens canon. Setakat ini, Leica yang digunakan oleh Lumix Panasonic antara yang terbaik dan sering mendapat pengiktirafan dunia. Namun begitu, lense Nikkor oleh kamera Nikon juga bagus dan tidak pernah dipertikaikan kredibilitinya. Sony Cybershot sekarang ini pun menggunakan lens jenis Vario Tessar Carl Zeiss, yang juga lens yang baik. Namun jika perbandingan dibuat, daripada gambar2 yang diambil dengan cahaya yang sama, setakat ini saya nampak Lens Leica lah yang memberi imej yang baik.

Sensor
Kamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini, kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaannya. Sensor cahaya membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana cahaya yang cukup. Namun begitu bagi SLR, ISO100 sehingga ISO1250 masih boleh 'diguna' walaupun kebanyakannya boleh sampai sehingga ISO3200. Selain daripada itu, image yang terhasil akan lebih banyak Noise.

Image Processor
Selain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej, semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya. Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai 'retina' untuk pengimejan.

Fungsi-fungsi Tambahan
Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tambahan seperti image stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu anda pandai guna.

Saiz dan Rekabentuk
Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.

TIPS-TIPS MEMBELI KAMERA 

1. Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.

2. Jika anda nak belajar teknik-teknik fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah-tambah dan boleh dipulas-pulas tu.

3. Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nikon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.

4. Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.

5. Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.

6. Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.


http://istimewa2u.blogspot.com/2009/07/panduan-memilih-kamera-digital.html

.

Sunday, June 12, 2011

Kembali ke JB..

Penatnya..akhirnya tiba juga ke JB. Maka bermulalah episod baru dalam tugasan. Sekarang matlamat utama adalah untuk setelkan kerja kursus budak-budak tu.. pas setel je,leh tumpukan Makmal Komputer tu plak..ntah bila la leh selesai..Bila la akan dapat 'pembantu'..huhu..

Saturday, June 11, 2011

Upin ipin la..

Aisya nak g les copaque la yah.. Aleh.. Xde masa la.. Nnt g lain ye..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, June 10, 2011

Pasar malam..

Kueyteow goreng seri kota
Ayam goreng

Emm..kenangan zaman sekolah..
Sedap..sedap..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, June 8, 2011

Kembali ke sekolah..

Menghitung hari untuk ke sekolah semula. Banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Moga dapat dikurangkan kalau tak dapat selesai semua pun. Perlukan masa rehat untuk diri ini..
Published with Blogger-droid v1.6.7