Saturday, June 18, 2011

Tips Menjaga Kamera


Kamera adalah merupakan gajet paling penting bagi seorang fotografer. Setelah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membeli kamera anda, pasti anda tak mahu ianya rosak disebabkan beberapa faktor yang boleh dielakkan bukan? Kamera digital adalah gajet yang amat 'delicate' dan sekiranya anda tidak tahu bagaimana cara untuk menjaganya, akan mudah rosak.


Selain daripada mempelajari asas-asas fotografi, satu lagi aspek yang harus diberikan penekanan adalah teknik bagaimana menjaga kamera digital anda.

Di sini saya berikan beberapa tips yang saya praktikkan untuk menjaga kamera.

Lensa
Lensa adalah bahagian paling penting bagi sesebuah kamera. Ia merupakan jendela mata kita. Penting bagi kita untuk memastikan lensa sentiasa bersih. Jangan sesekali meyentuh lensa menggunakan jari kerana ini akan mengotorkan bahagian lensa. Sekiranya lensa anda kotor, bersihkan menggunakan alat pembersihan yg sesuai.

Suhu
Penyimpanan kamera digital juga merupakan suatu perkara penting yg perlu dititikberatkan. Elakkan menyimpan kamera digital anda di tempat yg terlalu panas atau terlalu sejuk, contohnya, dalam bonet kereta atau freezer. Suhu yang terlampau ini akan menyebabkan kamera mudah rosak. Simpan kamera pada suhu bilik atau sekiranya anda berada di luar, bawa kamera bersama2 anda dan jangan tinggalkannya di dalam kereta.

Magnetic
Komponen penting dalam kamera digital adalah litarnya dan sebarang jenis magnetic akan menjejaskan kamera digital dan menyebabkan kegagalan fungsi. Adalah bagus sekiranya anda jauhkan ia dari sebarang peralatan elektronik seperti televisyen, hi-fi atau home entertainment system.

Komponen-komponen Lain
Apabila anda tidak menggunakan kamera digital dan hendak menyimpannya, pastikan anda mengeluarkan bateri dari kamera tersebut.
Keluarkan juga memory card dan pastikan anda menjaga memory card dengan baik kerana ianya kecil dan mudah rosak.

http://lensamama.blogspot.com/2010/04/tips-bagaimana-menjaga-kamera-digital.html

.

No comments:

Post a Comment