Thursday, May 31, 2012

Teknologi CVT

Video berkenaan dengan enjin CVT - sumber YouTube






Char Ho Fan pulak..



Baru balik makan Char Ho Fan kat Atan Pak Pin. Tertunai gak hajat nak makan. Hehe.. Sedap2.. Tapi lupe plak amik gambar Char Ho Fan tu. Huhu.. Punya tak sabar nak makan..

Wednesday, May 30, 2012

Omaq Char Koey Teow

 Semalam bawak aisya g makan char koey teow kat Omaq Char Koey Teow, Parit Buntar. Minggu lepas makan kat Taman Perling, Johor Bahru. Isk2.. Dengan masinnye, layanan sambil lewa (mintak lain dapat lain), pastu xnampak macam char koey teow (lebih macam koey teow goreng basah).

Tapi tak pe la. Semalam dah dapat makan "char koey teow" yang betul. Haha.. Malam ni nak makan Char Ho Fan Atan Pak Pin plak. Sebelah Omaq Char Koey Teow je. Mengimbau kenangan lama zaman sekolah dulu. Hihi..



LunarGlide


Dah beli kasut baru setelah kasut lama dirembat di depan rumah. Hampeh tul.. Nak rembat pun, tunggu la pas selesai Sukan Sekolah.. Xpasal kena beli lain. Huh..


Pengeluaran KWSP? Selesai dah..


Semalam selesai menghantar borang pengeluaran caruman KWSP. Setelah hampir setahun memeram duit dalam tu setelah mendapat Surat Pemberian Taraf Berpencen tu, akhirnya semalam baru ada kesempatan untuk pergi ke KWSP Nibong Tebal.

Amik kesempatan balik kampung. Kalo nak g wat kat Johor Bahru tu, mmg malas tul nak g. Kat sini dekat sikit dengan pejabat KWSP.

Sebelum balik Parit Buntar aritu, dah selesai amik tandatangan n pengesahan Penolong Kanan. Pagi semalam, kul 8.00 pagi dah ada depan KWSP. Padahal buka kul 8.15 pagi. Buka je pintu, terus serbu sebab nak dapat nombor awal.. (Padahal tak ada sesape pun kat situ selain dari ini sahaja).. Haha..

Tak sampai 3 minit pun. Petugas kaunter tu check, sume lengkap. "Encik tunggu 15 hari waktu bekerja ye. Kalau encik dapat SMS atau surat, sila semak akaun. Ok, itu sahaja. Terima Kasih.".

Lega..Lepas dah duit muka kereta. Hehe..

Buat semua petugas kaunter KWSP Nibong Tebal, terima kasih atas layanan yang begitu mesra dan sopan. Tahniah dan teruskan usaha anda..


Sunday, May 27, 2012

Preve ke Exora?

Hati nak preve tapi wife nak Exora.. Emm.. Harus buat pemilihan yang tepat. Isk..



Terima Kasih Celcom, Selamat Datang YES..


Setelah hampir 4 tahun bersama dengan Celcom, kini tiba masanye untuk bertukar angin. Terima kasih kepada Celcom atas khidmat yang diberikan selama ini.

 Kini kepantasan Yes 4G akan diuji untuk beberapa bulan. Kalau tak lulus, terpaksa cuba yang lain plak la.. Huhu.. Moga-moga 'teman' baru ni tak bagi apa-apa masalah. Kita tunggu sahaja beberapa bulan lagi..