Wednesday, May 30, 2012
Pengeluaran KWSP? Selesai dah..
Semalam selesai menghantar borang pengeluaran caruman KWSP. Setelah hampir setahun memeram duit dalam tu setelah mendapat Surat Pemberian Taraf Berpencen tu, akhirnya semalam baru ada kesempatan untuk pergi ke KWSP Nibong Tebal.
Amik kesempatan balik kampung. Kalo nak g wat kat Johor Bahru tu, mmg malas tul nak g. Kat sini dekat sikit dengan pejabat KWSP.
Sebelum balik Parit Buntar aritu, dah selesai amik tandatangan n pengesahan Penolong Kanan. Pagi semalam, kul 8.00 pagi dah ada depan KWSP. Padahal buka kul 8.15 pagi. Buka je pintu, terus serbu sebab nak dapat nombor awal.. (Padahal tak ada sesape pun kat situ selain dari ini sahaja).. Haha..
Tak sampai 3 minit pun. Petugas kaunter tu check, sume lengkap. "Encik tunggu 15 hari waktu bekerja ye. Kalau encik dapat SMS atau surat, sila semak akaun. Ok, itu sahaja. Terima Kasih.".
Lega..Lepas dah duit muka kereta. Hehe..
Buat semua petugas kaunter KWSP Nibong Tebal, terima kasih atas layanan yang begitu mesra dan sopan. Tahniah dan teruskan usaha anda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment