Ucapan Akhir Dato Syed Zainal kepada Warga PROTON
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.
Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat
sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas
harian.
Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya
sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012.
Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni
Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di
PROTON secara fizikal.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai
kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari
saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada
perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya.
Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi
impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin
dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada
rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada
ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam
membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam
diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa
yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan
impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON,
saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung
kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap
permata-permata yang amat bernilai. Saya bersyukur kerana dipertemukan
dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala
masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari
masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala
kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan
dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari
bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah
yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON.
Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk
berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya
yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan
saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu
yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu
membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara
saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua
keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan
yang tinggi pada setiap sesuatu. Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada
jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru
agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan
pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya. Saya yakin dengan
suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg
Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di
persada automotif, insyaallah.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya
menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas
segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara
saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di
PROTON. Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan
dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya,
yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga
disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari
sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan
mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.
Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan
tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga
ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula
dilain tempat, dilain masa, insyaallah.
Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun
layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua
warga kerja PROTON.
“There You’ll Be”
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I’ll be glad ’cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I’ll look and see your face
You were right there for me
In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be
Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me
‘Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always
Salam hormat dari saya,
Syed Zainal
No comments:
Post a Comment