Pada tahun 1871, Prof J. Leidy, seorang pakar bidang ilmu serangga atau
entomologist mendapati lalat pembawa pelbagai kuman penyakit kepada
manusia.
Namun pada tahun 1927 seorang lagi saintis bernama Shope membuat
penemuan mengejutkan apabila mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan
lalat berfungsi membunuh lain-lain kuman bakteria. Kajian Shope ke atas
lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu
membunuh kuman-kuman staphylococcus muscae, escherichia coli, salmonella
paratyphi dan eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit
cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang
pertama di dalam serangga. Hasil penemuan itu mendorong kajian-kajian
seterusnya.
Pada tahun 1934, M.A.Stewart, mendapati lalat berbentuk larva, ketika
dicelup ke dalam luka-luka mengeluarkan bahan amonia dan kalsium
karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Dalam keadaan ini larva
tersebut berfungsi membunuh kuman-kuman penyakit di samping meredakan
bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Larva-larva itu dipercayai
berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya.
Seorang lagi pengkaji S.W. Simmons pada tahun 1935 mendapati lendir yang
dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti
staphylococcus aureus, baemolytic streptococcidan clostridium welchii.
Pada tahun yang sama, W.Robinson dalam kajiannya mendapati larva juga
mengeluarkan allantoin iaitu bahan protein yang membantu pertumbuhan
sel-sel. Semua penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku "Insert
Immunology" karangan Edward Steinhaus.
Pada tahun 1939, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah
kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain dan tidak berbahaya.
Pada tahun 1947, Ernestein, seorang Inggeris juga turut menyelidik
lalat. Hasil penyelidikannya, Ernestein menemui sejenis mikroorganisma
fitriat yang diberi nama ambaza mouski dari golongan antomofterali.
Beliau menyimpulkan bahawa fitriat pada lalat dapat memusnahkan pelbagai
bakteria.
Seterusnya pada tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui
mikroorganisma ini dan memberi nama javasin. Para peneliti lain iaitu
Profesor Kock, Famer (inggeris), Rose Etlengger (Jerman) dan Blatner
(Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama
tentang mikroorganisma tersebut.
Mereka membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat
hanya terdapat hujung kakinya sahaja dan bukan pada seluruh badannya.
Mereka juga menyatakan mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu
tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda
cair, caranya, merendam lalat tersebut di dalam air.
Dari Abu hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila lalat jatuh kedalam minuman salah seorang di antara kamu, maka
rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu
sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Ternyata apa yang disabdakan oleh lidah Nabi Muhammad s.a.w adalah
benar
No comments:
Post a Comment