Sunday, December 1, 2013
PERINGATAN LUQMAN AL-HAKIM PADA PUTRANYA...
"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.
"Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berfikir (ingat kepada Allah)"
"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."
"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."
"Wahai anakku. Aku sudah memikul batu-batu yang besar. Aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."
"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."
"Wahai anakku. Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."
"Wahai anakku! Sepanjang hidupku. Aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :
** Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.
** Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
** Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
** Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
** Ingatlah kepada Allah s.w.t.
** Ingatlah akan mati.
** Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
** Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.
Sesungguhnya anak-anak adalah aset bagi ibu bapa. Anak-anak adalah anugerah dari ALLAH untuk ibu bapa dan menjadi kekuatan dan kehidupan sebuah keluarga.
Saturday, November 30, 2013
″ 7 KALIMAT PENGHAPUS DOSA ″
Barang siapa hafal tujuh
kalimat,
ia terpandang mulia di
sisi
Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-
dosanya walau sebesar
lautan:
①. Mengucap Bismillah
pada
tiap-tiap hendak
melakukan
sesuatu.
②. Mengucap
Alhamdulillah
pada
tiap-tiap selesai
melakukan
sesuatu.
③. Mengucap
Astagfirullah
jika lidah terselip
perkataan yang
tidak patut.
④. Mengucap Insya
Allah jika
merencanakan berbuat
sesuatu
dihari esok.
⑤. Mengucap La haula
wala
kuwwata illa billah jika
menghadapi sesuatu
tak
disukai dan tak diingini.
⑥. Mengucap Inna lillahi
wa
inna
ilaihi rajiun jika
menghadapi
dan menerima musibah.
⑦. Mengucap La ilaha illa
Allah
Muhammad Rasulullah
sepanjang
siang malam sehingga
tak terpisah dari lidahnya.
″Semoga allah
melapangkan
rezeki
dan kebahagiaan yang
melimpah
buat sahabat yang mengucapkan
″ Sampaikanlah kepada
orang
lain, maka ini akan
menjadi
Shadaqah Jariyah pada
setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan
apabila kemudian dia
mengamalkannya,
maka
kamu juga akan ikut
mendapat pahalanya sampai hari kiamat...
Follow: @im_moeslim
Sumber: "Mozaik Islam"
Thursday, October 24, 2013
Doa selepas membaca al-Quran
Ertinya :
Wednesday, October 16, 2013
Mengapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki ?
Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”Tunggu..!Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.sumber:www.iluvislam.com
Tuesday, October 15, 2013
Sunday, September 8, 2013
Panduan Berpantang Bagi Wanita Yang Bakal Melahirkan Anak
p/s : ini hanyalah sebagai panduah sahaja. setiap orang berbeza cara n penerimaan terhadap sesuatu makanan. :-)
Monday, July 15, 2013
Keistimewaan Ramadhan Kepada Umat Nabi Muhammad S.A.W
- bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi
- malaikat akan memohon keampunan kepada Allah untuk orang-orang berpuasa sehingga sampai waktu berbuka
- syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak boleh berleluasa seperti biasa
- Allah akan menghiasi sturga setiap hari ( sebagai kurniaan untuk orang yang berpuasa )
- Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang berpuasa sehingga akhir bulan Ramadhan.
30 Keistimewaan Bulan Ramadhan
Selama Ramadhan, Allah memerintahkan seluruh penghuni syurga berhias. Rasulullah Saw. bersabda:”… Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” [HR. Baihaqi]. Itulah aspek menarik keajaiban bulan Ramadhan yang tak banyak orang tahu.
1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).
Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.
2. Ramadhan bulan mujahadah
Para ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.
3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah
Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala
4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin
Puasa juga melatih diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.
5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim
Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan yang satu.
Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.
6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran
Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)
7. Puasa Ramadhan menyihatkan
Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).
Tapi makna hadist masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.
8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).
9. Ramadhan bulan ampunan
Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)
10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya
Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).
Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.
11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah
Rasulullah Saw. bersabda:”…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).
12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).
13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).
14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini
Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)
15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu
Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).
Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.
16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan
Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda
Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan
Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa
Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).
20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan
Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi)
21. Doa mustajab di bulan Ramadhan
Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).
Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)
22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji
Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).
23. Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)
24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)
Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).
Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.
25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan
Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)
Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.
26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan
Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).
27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.
28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan
Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.
Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).
Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.
29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan
Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).
Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.
Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.
30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan
Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.
Memberi Dan Menjawab Salam
Memberi Salam Adalah Sunat Dan Menjawab Salam Adalah Wajib
MEMBERI SALAM
Assalamualaikum
MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah
MEMBERI SALAM
Assalamualaikum Warahmatullah
MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah Hibarokatuh
MEMBERI SALAM
Assalamualaikum Warahmatullah Hibarokatuh
MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah Hibarokatuh Wariduanuh
KIRIM SALAM
Sampaikan Salam ~ As Salamualaikum Saya Pada Sipulan Bin/Binti Sipulan
MENJAWAB SALAM
PEMBAWA LELAKI ~ PENGIRIM LELAKI
Alaika Wa Alaihis Salam
PEMBAWA LELAKI ~ PENGIRIM PEREMPUAN
Alaika Wa Alaihas Salam
PEMBAWA PEREMPUAN ~ PENGIRIM PEREMPUAN
Alaiki Wa Alaihas Salam
PEMBAWA PEREMPUAN ~ PENGIRIM LELAKI
Alaiki Wa Alaihis Salam
Monday, May 6, 2013
Pesanan
Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku ;)
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut..
Assalamualaikum.
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .
Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dpt pahala walau slps mati .
Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna ,
anda akn dpt pahala .
Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .
Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .
Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap
ada .
Kongsi mesej ini kpd orang
ramai . Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah
utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ...
7 kalimat yg harus di biasakan..
1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.
4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.
7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Ada 2 pilihan utk anda :
1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.
2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.
Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala..
Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....
Tuesday, April 23, 2013
Saturday, April 20, 2013
wahai para isteri sekalian....
1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.
MANA-MANA WANITA YANG MENUNGGU SUAMINYA..
RASULULLAH SAW BERSABDA:
MANA-MANA WANITA YANG MENUNGGU SUAMINYA hingga pulanglah ia , disapukan mukanya , dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suami atau memegang tangannya , memperelok hidangan padanya , memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah , maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya , tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba . Pada hari kiamat kelak , Allah kurniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu . Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
Friday, April 19, 2013
9 Sebab Hati Tidak Bahagia
Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
2. Pendendam
3. Hasad dengki
4. Bakhil
5. Tamak
6. Tidak sabar
7. Ego
8. Riak
9. Cinta dunia
Monday, April 1, 2013
Keliru ancaman virus
- Sutera Biru, Mentakab.
PERLUNYA mengenali jenis-jenis ancaman di Internet ini diketahui agar kita tahu modus operandinya dan mudah untuk diselesaikan sekiranya diancam.
Jadi, di bawah ini saya sertakan beberapa jenis ancaman yang biasa menjadi masalah ketika berada dalam talian internet.
1Malware - Adalah singkatan bagi satu terma Malicious Software iaitu sejenis perisian yang tidak perlu atau dikehendaki yang telah dipasang dalam sesebuah komputer tanpa disedari oleh pemilik komputer tersebut. Virus, cecacing atau Worm, Trojan Horse dan lain-lain dikategorikan sebagai malware.
2Cybercriminal - Melibatkan sesiapa sahaja yang dikenali sebagai penggodam komputer yang menceroboh masuk ke dalam sebuah komputer tanpa kebenaran pemilik komputer tersebut. Mereka melakukan aktiviti yang bertentangan dengan perundangan dan etika seperti mencuri maklumat sulit, menganggu satu operasi aplikasi dan lain-lain. Penggodam ini juga dikenali sebagai Script Kiddies, Black Hat, Cracker, Hacker dan lain-lain.
3Trojan Horse - Satu program komputer perosak yang menyamar sebagai sebuah fail atau aplikasi komputer seperti fail gambar, dokumen, permainan komputer dan sebagainya.
Program berkenaan akan membuka laluan belakang untuk masuk ke komputer tersebut tanpa disedari pemilik komputer.
4Virus - Sebuah program komputer perosak yang direka untuk menjangkiti komputer lain dan mengganggu sistem operasi komputer. Virus berupaya merosakkan atau menghilangkan fail atau merosakkan perkakasan dari segi struktur dalaman atau fizikal.
5Botnet - Botnet adalah satu jumlah rangkaian komputer yang besar dan dikawal oleh seseorang. Bot adalah satu program komputer perosak yang digunakan untuk mengawal komputer-komputer tersebut.
Bot di kawal oleh seseorang penjenayah tanpa disedari pemilik komputer.
Penjenayah ini bebas untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dengan komputer-komputer tersebut seperti penyebaran virus, spam dan lain-lain.
6Worm atau cecacing - Cecacing adalah satu program komputer perosak yang berupaya mengadakan tambahan dirinya (replikasi) dan menggunakan rangkaian komputer yang sama untuk disebarkan ke komputer yang lain.
Tidak perlu menempel kepada program lain seperti virus. Kebiasaannya ia akan meningkatkan capaian lalu lintas rangkaian dan menyebabkan rangkaian komputer tersebut tidak boleh dicapai.
7Spyware - Satu program komputer yang bertujuan untuk penyamaran untuk mendapatkan maklumat berkenaan seseorang di Internet.
Kadang kala spyware merupakan satu perisian yang biasa digunakan oleh pengguna untuk tujuan tertentu seperti program video, penyelenggaraan komputer dan lain-lain. Spyware memantau aktiviti seseorang di Internet dan mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan untuk makluman orang ketiga.
8Phising - Adalah sejenis aktiviti pencurian maklumat peribadi seseorang di Internet menerusi e-mel, laman web yang ditipu dan lain-lain. Phishing akan memiliki maklumat akaun, kata laluan dan sebagainya untuk akaun bank, kad kredit dan lain-lain si mangsa. Seterusnya ia akan mencuri kemudahan kewangan dan kelebihan seseorang individu itu untuk tujuan peribadi dan sebagainya.
Jadi, itulah serba ringkas maklumat berkenaan dengan jenis-jenis ancaman yang banyak menyerang seseorang di talian Internet.
Penggunaan Internet dan komputer yang selamat dan betul amat penting.
Sentiasa menggunakan perisian keselamatan, mengemas kini program komputer, menggunakan kata laluan yang selamat, berhati-hati dengan rangkaian Internet yang terbuka seperti perkhidmatan Wi-Fi. Mereka juga perlu berhati-hati ketika melayari Internet, ketika memuat turun fail, aplikasi atau klik pada sebarang sambungan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20130401/me_03/Keliru-ancaman-virus#ixzz2PFtoAwOU
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : 01/04/2013
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)
Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.
Friday, March 29, 2013
Uthman El-Muhammady Cendekiawan Ulung
2013/03/27 - 22:11:43 PM
Imlan Adabi
(Berita Harian - BH Online)
Lelaki yang berbadan kecil dan kelihatan serius itu lebih mesra dipanggil ustaz. Ramai pelajar mengakui Dr Muhammad Uthman El-Muhammady bukan sekadar ulama, pensyarah atau guru. Malah, ada yang menggelarnya ‘ayah’ kerana tidak jemu memberi nasihat dan galakan kepada insan yang lebih muda.
Pengalaman menjadi pelajarnya adalah detik yang menyenangkan. Uthman ‘mewajibkan’ pelajar lelaki berada di barisan hadapan dalam kelasnya dan wanita di belakang.
Ketika ditanya, beliau hanya menyatakan lelaki berada di saf hadapan ketika solat dan wanita di belakang.
Secara berjenaka, Uthman menyatakan ‘bahaya’ lelaki berada di belakang wanita kerana mata dan akal mereka sukar fokus.
“Lelaki mempunyai akal yang lebih, tapi kerap disalahgunakan,” tutur Uthman sinis.
Beberapa bulan lalu kami bertemu pada majlis kesyukuran di kediaman seorang ahli korporat kelahiran Kelantan. Uthman kelihatan pucat dan kurang bermaya tapi tetap mesra seperti tiga dekad lalu.
Penulis beberapa kali menelefon Uthman ketika isu kalimah Allah begitu hangat diperkatakan. Penulis yakin beliau tokoh berwibawa dan boleh memberi pandangan mengenai sejarah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan kesannya terhadap tamadun ummah.
Pengalaman Uthman sebagai ulama besar dan pernah mengiringi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Vatican menjadi kelayakan beliau mengulas isu kalimah Allah.
Malangnya, panggilan telefon tidak berjawab dan penulis tidak menduga kesihatan beliau semakin terjejas.
Beberapa tahun lalu kami pernah terserempak di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur, Kelantan dan sempat minum bersama. Uthman seorang yang kuat ingatan dan masih kenal pelajarnya walaupun tiga dekad berlalu.
Apabila menerima perkhabaran pemergian beliau pada 25 Mac lalu, tiada kata-kata yang dapat diucapkan selain al-Fatihah dan mengenang semula seorang ustaz yang dihormati ramai.
Tokoh Maal Hijrah 2005 ini meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC) pada jam 7.30 malam akibat sakit jantung.
Beliau meninggalkan balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu.
Pemikir Islam tanah air
Uthman adalah pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010.
Allahyarham juga Felo Amat Utama Akademik ISTAC UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau dilahirkan di Kampung Telok, Panji, Kota Bharu pada 1 Februari 1943. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum Special Malay Class pada 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudian menjadi Maktab Sultan Ismail, atau Sultan Ismail College hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar Kedah. Pada 1963, beliau menuntut di Universiti Malaya (UM) dan mendapat sarjana muda dalam Pengajian Islam pada 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat sarjana pada 1969.
Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga 1973 apabila kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai penulis dan pendakwah bebas. Pada 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.
Minat kajian beliau adalah di dalam bidang ilmu Islam dan falsafah Barat. Tidak hairanlah pelajar yang mengkaji sejarah tamadun Barat akan merujuk kepada Uthman apabila timbul isu mengenai peradaban dan krisis pemikiran Barat-Islam.
Antara karya beliau yang menjadi rujukan adalah Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali (Dewan Bahasa dan Pustaka), Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud (Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan), Peradaban dalam Islam (Pustaka Aman Press, Kota Bharu) dan Memahami Islam (Pustaka Aman Press, Kota Bharu).
Pemergian beliau kehilangan besar bidang akademik dan kesarjanaan Islam. Bagi bekas pelajarnya, beliau guru yang kritikal menganalisis sejarah Islam. Uthman menempelak buku sejarah yang menuduh pengasas Bani Umaiyah, Muawiyah Abu Sufyan (602-680) sebagai penipu sedangkan tokoh Islam berkenaan adalah sahabat Nabi Muhammad yang sudah dijanjikan syurga. “Mustahil seseorang ahli syurga menipu untuk mendapat jawatan khalifah!” tegas Uthman.
Monday, March 11, 2013
Note
Copyright is the set of exclusive rights granted to the author or creator of an original work, including the right to copy, distribute and adapt the work. These rights can be licensed, transferred and/or assigned.
Netiquette
Netiquette, a portmanteau of "network etiquette", is a set of social conventions that facilitate interaction over networks
Wednesday, February 27, 2013
Isteri Cerdik Yang Solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
(isteri cerdik yang sholehah)
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
(isteri cerdik yang sholehah)
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan