Wednesday, May 30, 2012
Pengeluaran KWSP? Selesai dah..
Semalam selesai menghantar borang pengeluaran caruman KWSP. Setelah hampir setahun memeram duit dalam tu setelah mendapat Surat Pemberian Taraf Berpencen tu, akhirnya semalam baru ada kesempatan untuk pergi ke KWSP Nibong Tebal.
Amik kesempatan balik kampung. Kalo nak g wat kat Johor Bahru tu, mmg malas tul nak g. Kat sini dekat sikit dengan pejabat KWSP.
Sebelum balik Parit Buntar aritu, dah selesai amik tandatangan n pengesahan Penolong Kanan. Pagi semalam, kul 8.00 pagi dah ada depan KWSP. Padahal buka kul 8.15 pagi. Buka je pintu, terus serbu sebab nak dapat nombor awal.. (Padahal tak ada sesape pun kat situ selain dari ini sahaja).. Haha..
Tak sampai 3 minit pun. Petugas kaunter tu check, sume lengkap. "Encik tunggu 15 hari waktu bekerja ye. Kalau encik dapat SMS atau surat, sila semak akaun. Ok, itu sahaja. Terima Kasih.".
Lega..Lepas dah duit muka kereta. Hehe..
Buat semua petugas kaunter KWSP Nibong Tebal, terima kasih atas layanan yang begitu mesra dan sopan. Tahniah dan teruskan usaha anda..
Sunday, May 27, 2012
Terima Kasih Celcom, Selamat Datang YES..
Setelah hampir 4 tahun bersama dengan Celcom, kini tiba masanye untuk bertukar angin. Terima kasih kepada Celcom atas khidmat yang diberikan selama ini.
Kini kepantasan Yes 4G akan diuji untuk beberapa bulan. Kalau tak lulus, terpaksa cuba yang lain plak la.. Huhu.. Moga-moga 'teman' baru ni tak bagi apa-apa masalah. Kita tunggu sahaja beberapa bulan lagi..
Thursday, April 12, 2012
Sunday, April 8, 2012
Apa Maksud i-TTL Pada Speedlight?
Kita sering tertanya apa maksud TTL pada speedlight (flash). Di sini saya ada sertakan link ke laman yang boleh menerangkan serba sedikit tentang TTL. Semoga terjawab segala kemusykilan anda.
Klik link di bawah:
Apa Maksud i-TTL Pada Speedlight?
.
.
.
.
.
.
Klik link di bawah:
Apa Maksud i-TTL Pada Speedlight?
.
.
.
.
.
.
Friday, March 9, 2012
Renungan bersama...
Yang Singkat Itu WAKTU.
Yang Menipu Itu DUNIA.
Yang Dekat Itu KEMATIAN.
Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
Yang Berat Itu AMANAH.
Petua Imam Syafie
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Subscribe to:
Posts (Atom)



