Saturday, March 22, 2014

Perbezaan Masuk Matrikulasi, IPTA, Dan Tingkatan 6 KPM

Berikut adalah perbezaan masuk matrikulasi, IPTA, dan Tingkatan 6 KPM. Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu atau ingin mengambil keputusan menyambung pelajaran, dibawah adalah perbezaan antara ketiga-tiga institusi milik kerajaan yang paling digemari ramai.

Kelebihan Tingkatan 6
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA
Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Sumber: Dikongsikan dari facebook

 
 

Wednesday, March 19, 2014

Button Volume Remote Astro Tak Berfungsi



Ramai yang mengalami masalah butang kawalan suara pada remote astro tidak berfungsi. Jangan risau, ada cara untuk atasinya. Jangan dibuang pulak remote tu. :-)

Cara untuk selesaikan masalah ini:

Tekan Butang OK + Volume Down (-) sehingga  berkelip 4 kali.. 


Semoga dapat membantu anda.


.

Tuesday, March 11, 2014

Hari-Hari yang Sunat, Haram dan Makruh Puasa

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)

~ Seperti puasa selama setahun

2. Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.

3. Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah

~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya

4. Puasa pada bulan Muharram

~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari

5. Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram

6. Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram

~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu

~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari selepas.

~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)

7. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.

8. Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban

~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan

9. Puasa pada hari Isnin dan Khamis.

10. Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15

11. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka

~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa



Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar)



Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

sumber: http://wanzatie.wordpress.com/2012/11/24/hari-hari-yang-sunat-haram-dan-makruh-puasa/

Friday, March 7, 2014

Jangan Tinggalkan Sarapan

Walaupun rutin menyediakan sarapan cukup mudah, dalam kalangan masyarakat sekarang yang sentiasa mengejar waktu, menu pemula hari itulah paling kerap ditinggalkan.
Perlu diketahui, cara untuk mencapai matlamat secara berkesan sepanjang meniti jadual harian adalah tenaga positif dan sumbernya ialah pengambilan karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang.


  Justeru, memilih makanan dan minuman yang mengandungi bahan terbaik membekal tenaga adalah penting dalam membantu memberikan sumber nutrien secukupnya untuk tubuh serta minda.

Persoalannya, adakah kita rakyat Malaysia mengambil makanan dan minuman yang bagus, sekali gus memenuhi keperluan nutrien tubuh?

Menurut kajian, jika jawapan anda untuk soalan di atas adalah 'tidak', ia petanda anda juga salah seorang daripada rakyat Malaysia yang selalu tidak bersarapan.

Berdasarkan kajian sama dijalankan penyelidik di Universiti Malaya, orang muda berusia 30 tahun ke bawah adalah kelompok paling besar meninggalkan sarapan.

Tahukah anda, orang yang kerap tidak mengambil sarapan dikatakan akan makan makanan manis sebanyak 40 peratus lebih tinggi, minuman ringan (55 peratus), kurang makan sayur (45 peratus) dan kurang buahbuahan (30 peratus) berbanding mereka yang bersarapan.
 

Mudah gemuk

Dalam kata lain, mereka yang meninggalkan sarapan, mudah obes dan seterusnya mendapat komplikasi penyakit.

Statistik menunjukkan, lelaki yang tidak bersarapan, 27 peratus lebih mudah mendapat serangan jantung, manakala wanita 20 peratus lebih mudah mengalami kencing manis jenis dua.

Jika anda berasa lesu memulakan hari, tidak ada konsentrasi terhadap tugas dan berasa tiada semangat, ia adalah kesan tidak mengambil makanan pemula hari.

Kehebatan menu pagi

Seperti kenderaan yang memerlukan minyak yang betul untuk mengekalkan prestasi, begitu juga dengan tubuh yang perlukan nutrisi untuk kekal bertenaga.

Pengambilan carta pemakanan disyorkan Kementerian Kesihatan, kadar pengambilan sempurna adalah karbohidrat (55 hingga 70 peratus) + protein (10 hingga 15 peratus) + lemak (20 hingga 30 peratus) cukup untuk membekalkan tenaga positif secukupnya untuk tubuh.

Sarapan yang memberikan manfaat sebaiknya adalah jika anda makan makanan berkhasiat.

Kajian di peringkat global membuktikan, pengambilan sarapan boleh meningkatkan kadar memori jangka pendek dan membantu minda lebih fokus kepada tugas.

Ia juga didapati dapat membantu mengawal berat badan kerana pengambilan sarapan dapat mengekal rasa lapar berlebihan.


sumber : 

Saturday, January 4, 2014

Servis Aircond

Tahukah anda bahawa selain bahagian enjin kereta aircond atau penyaman udara kereta anda perlu diperiksa dan diservis setiap 2 hingga 3 tahun sekali.. Mungkin ada yang tidak tahu atau tidak pernah langsung menyelenggara aircond kereta kesayangan sejak dibeli 5 tahun lalu.. Tahu bila start enjin, on aircond & drive..

Apa yang pomen buat masa servis aircond kereta tu?
1. memeriksa kandungan gas aircond.. kalau sudah kurang perlu ditambah (Jenis gas aircond kereta yang diluluskan oleh Jab Alam Sekitar ialah R134 / R134A

2. cuci / bersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian aircond (spt cooling coil dsb)
3. memeriksa aircond compressor, tabung gas aircond - masih ok atau terdapat sebarang kebocoran
4. motor kipas aircond (aircond fan radiator) - masih berfungsi dgn baik atau sudah 'kong'

tanda-tanda aircond kereta perlu diperiksa / diservis
1. bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' (bukan berat sikit tetapi berat banyak)
2. bila ON aircond sekejap sejuk sekejap tak sejuk
3. bila ON aircond aircond fan radiator sudah berpusing dengan perlahan (tidak laju) atau kipas itu tidak berpusing langsung

biasanya selepas servis aircond ni kereta anda akan lebih fresh.. enjin pun ringan (masa on aircond)..

kos servis
kalau semua bahagian dlm keadaan baik cuma bersihkan habuk-habuk + tambah gas yang sudah berkurangan = tak sampai seratus pun. Kalau ada part yang perlu ditukar seperti motor aircond fan radiator, cooling coil atau terdapat kebocoran siap la ratus-ratus. . Kalau part2 semua dah out, memang kena tukar seketul (pakai aircond denso baru la) - tukar baru dlm 450 ++

Kadang-kadang selepas servis aircond enjin kereta anda menjadi berat (pickup lambat). Sekiranya keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.


http://tipspenjagaankereta.blogspot.com/2010/05/servis-kereta.html

Tips Penjagaan Kereta


SERVIS KERETA
Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta..
basic servis kereta adalah


i) penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak
ii) cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekaliair filter ni)

iii) iii) periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis

Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)

Kos basic servis di workshop
Minyak enjin (20-50W) RM50 - 60 ++
Oil filter RM10-RM13
Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge)
Labour charge RM15 - RM 25

Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri
(contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira)
Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part
Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM28 (Harga Jun 2006)
Penapis minyak/Oil filter jika jenis proton standard baru RM8 satu..
Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi)
Top up air bateri (air bateri RM1 - RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda yg lelaki tu (free je) J

Labour charge - Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu..

P/S : Bandingkan kos anda.. (sebab tu la orang pompuan kena berbaik2 dgn orang lelaki nie.. jangan dok jual mahal je) J


TIMING BELT
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap60,000km (jenis proton standard, original protonparts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..

Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.

Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah...) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)


Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat..

1. jangka hayat palam pencucuh(spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)*
2. tepet dalamlocker enjin telah lari dari setting asal - buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali

3. penapis minyak petrol(petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapatflow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] - setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.

4. Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni.
5. enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak - cuci karbon setiap 2 tahun sekali (boleh buat di pusat Proton Servis atau gunakan Professor rujuk laman web En Azmi -<

6. brek cakera(disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis - biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston takrelease balikdisc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyidisc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. **

7. bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 - 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.

8. minyak kotak gear(gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac(clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali].

9. tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi.
10. Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan ’fan’, ’alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran).

11. timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.

12. mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.

13. Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.

Cerita Pasal Nak’Lowered’ Kan (Bagi Rendah) Kereta TukarAdjustable Absorber & Sport Spring.
Untuk kereta proton, jangka hayat sistem suspensi (gantungan)strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah sehingga 5 hingga 7 tahun.. Ramai di antara kita akan memilih untuk menukar kepada jenisadjustable absorber (penyerap hentak jenis boleh laras contohnya jenama GAB), harga memang mahal.. atau bertukar kepadasport spring (contohnya jenamakimex). Setelah menukar penyerap hentak & gelung spring, ramai antara kita yang tidak berpuashati [rasa lagi keras lah, kereta terasa seperti bumpy (melompat-lompat) , lalu kat bonggol tak lepas, tidak selesalah] & akhirnya kembali memakai penyerap hentak & gelung spring proton standard. Untuk mendapatkanset up yang terbaik untuk kereta anda, saya mengesyorkan anda bertanya kepada pakar En Rosli Smart Suspension 019-2309961, kedai En Rosli di Senawang. (Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original protonpart. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).

P/S : * Kalau banyak duit tukar palam pencucuh jenis NGK G-Power - (harga mahal sikit).

Spark plug jenama Bosch Super 4 tidak disyorkan (pengalaman saya sendiri sudah pakai spark plug Bosch Super 4, lama kelamaan prestasi enjin lagi teruk).

** jika lampu isyarat amaran ( ! ) menyala walaupun anda telah melepaskan brek tangan, ini menunjukan minyak brek kereta anda telah berkurangan. Bawa ke bengkel untuk memeriksa kebocoran salur minyak pada sistem brek kereta anda.


credit to : http://tipspenjagaankereta.blogspot.com/2010/05/servis-kereta.html

.

Sunday, December 1, 2013

PERINGATAN LUQMAN AL-HAKIM PADA PUTRANYA...


"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.

"Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berfikir (ingat kepada Allah)"

"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."

"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."

"Wahai anakku. Aku sudah memikul batu-batu yang besar. Aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Wahai anakku. Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."

"Wahai anakku! Sepanjang hidupku. Aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :

** Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.

** Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).

** Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
** Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

** Ingatlah kepada Allah s.w.t.

** Ingatlah akan mati.

** Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

** Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.

Sesungguhnya anak-anak adalah aset bagi ibu bapa. Anak-anak adalah anugerah dari ALLAH untuk ibu bapa dan menjadi kekuatan dan kehidupan sebuah keluarga.