Tuesday, April 26, 2011

Huzaifah al-Yaman

Huzaifah Al-Yamani ‎ adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Bapa Huzaifah, Al-Yaman adalah seorang penduduk Makkah dari suku Abs. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Yathrib dan menjadi sekutu kepada suku kaum Bani Al-Ashal. Ibunya pula berasal dari suku kaum ini. Digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi S.A.W mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah. Ketika zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi. Menurut catatan sejarah, di antara sekalian sahabat Nabi, yang pertama sekali menjadikan ibadah secara satu Tarekat yang khusus, adalah sahabat Nabi S.A.W yang bernama Huzaifah Bin Al-Yaman, seorang sahabat nabi yang mulia dan terhormat. Beliaulah yang pertama kali menyampaikan ilmu-ilmu yang kemudian hari kita kenal dengan Tasauf dan beliaulah yang membuka jalan serta teori-teori untuk ini. Ada yang berkata kepada Huzaifah Bin Al-Yaman, : “Kami lihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah seorang sahabat Nabi yang lain dari tuan, dari mana tuan peroleh akannya?” Jawabnya : “Rasulullah S.A.W telah menentukannya kepada saya. Orang banyak menanyai Rasulullah S.A.W dari hal yang baik-baik, tetapi saya menanyai beliau dari hal yang jahat-jahat, apa yang jahat itu, dengan maksud agar mengetahuinya, supaya dapat menjauhkan diri daripadanya ; Sedang mengenai yang baik saya tidak takut ketinggalan dan sebagainya.” “Siapa yang tidak mengenal kejahatan, ia tidak akan mengenal kebaikan. “ Demikian kata Huzaifah Al- Yaman. Dalam keterangannya yang lain tersebut : “Banyak orang yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : “ Ya Rasulullah, apa pahala mengerjakan ini dan itu ? “ Mereka menanyai Rasulullah S.A.W darihal fadhilat-fadhilat amalan, tetapi selalu berkata kepada Rasulullah S.A.W :” Apa yang merosakkan amal ini dan amal itu, “ Seraya menanyakan pelbagai perosak-perosak yang akan merosakkan amalan-amalan.” Kata seorang ulama Tasauf, Abu Talib Al- Makki : “Huzaifah bin Al-Yaman telah di tentukan menpunyai ilmu mengenai orang munafik. Dia sendiri yang khusus mempunyai pengetahuan tentang sifat-sifat munafik, rahsia-rahsia ilmu dan faham-faham yang halus, dan mempunyai ilmu tentang keyakinan yang tersembunyi di antara sahabat-sahabat Nabi S.A.W. Misalnya Umar Al-Khattab tidak mahu turut menyembahyangkan seorang yang wafat, kalau di lihatnya Huzaifah Bin Al-Yaman tidak turut menyembahyangkannya. Kerana Huzaifah mempunyai pengetahuan tentang ilmu batin, dia tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak” Demikianlah, pada masa hidupnya, di sekeliling Huzaifah Bin Al-Yaman, telah berdiri suatu madrasah kecil yang terdiri dari sebahagian sahabat-sahabat, misalnya Wasibah, yang terkenal dalam suatu riwayat, yang mengatakan : “Saya telah mendatangi Rasulullah S.A.W. Saya tidak hendak membiarkan sesuatu kebaikan atau kejahatan melainkan saya akan tanyai Nabi dalam hal tersebut. Saya langkahi orang banyak untuk sampai ke tempat Nabi S.A.W. Sahabat-sahabat mengatakan, “ Jauhlah engkau, hai Wasibah dari Rasulullah S.A.W” Tetapi saya katakana pada mereka : “Biarkanlah saya mendekati beliau, kerana beliaulah manusia yang paling saya cintai.” Kemudian Rasulullah berkata kepada Wasibah : “Hai Wasibah, saya datang mengkhabarkan kepada engkau mengenai maksudmu datang ini atau engkau yang akan menanyakannya kepada saya?” Jawab Wasibah: “Tuanlah Rasulullah yang mengkhabarkannya kepada saya .” Kata Nabi S.A.W. : “ Engkau datang hendak menanyakan apakah kebaikan itu dan apakah dosa itu.” “Benar, ya Rasulullah,” jawab Wasibah. Lalu Nabi mengumpulkan sekalian ank jarinya dan menggaru-garu dada saya dengan anak jari beliau itu, seraya berkata, tanyalah hatimu, hai wasibah,” kerana yang baik itu yang tenang di dalam hati dan yang dosa itu selalu pulang balik di dalam dada manusia, walaupun orang ramai memberi fatwa kepada engkau dan engkau pun memberi fatwa kepada orang ramai.” Hadis yang di atas tersebut, termasuk salah satu tiang dari Ilmu Tasauf, kerana Tasauf itu sebahagian besar ianya mengenai lapangan-lapangan perasaan hati manusia. Akan tetapi madrasah Tasauf yang didirikan Huzaifah pada masa itu masih belum terkenal dengan nama Tasauf, masih sangat sederhana sekali. Belum ada tersiar riwayat-riwayat dan berita-berita mengenai madrasah Huzaifah Al-Yaman ini sebagaimana yang akan tersiar dari madrasah-madrasah Tasauf pada abad kedua Hijriah, di mana pelbagai ilmu dan pengetahuan-pengetahuan mengenai Tsauf telah tersiar. Benar, madrasah kecil dari Huzaifah itu sendiri akan menghasilkan hasilnya pada abad depannya, di mana murid-muridnya terus mengembanglan pengetahuannya sehingga tersiar luas. Walaupun demikian, Imam Sufi yang pertama di dalam sejarah Islam iaitu Al-Hasanul Basri. Seorang ulama besar Tabiin, adalah murid beliau dan keluaran madrasah ini. -Wallahualam.

Friday, February 4, 2011

Maher Zain - The Chosen One

Ramli yang Insaf


Pada suatu subuh, Ramli pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera memasukkan RM1 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di saf belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM300 kepada Ramli. Ramli tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma masjid itu. Ramli berasa amat kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik di belakang Ramli kembali menepuk bahunya berbisik "Anak, duit RM300 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Rasulullah s.a.w. Dan Pengemis Yahuda Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w  melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w.  wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Lima perkara aneh..

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."

Keindahan senja..


Bukti kebesaran Maha Pencipta..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Thursday, February 3, 2011

Mesir..

Bersama-samalah kita mendoakan keselamatan saudara-mara dan sahabat handai kita di sana. Moga dalam lindunganNya..
Published with Blogger-droid v1.6.7