Pada tahun 1871, Prof J. Leidy, seorang pakar bidang ilmu serangga atau
entomologist mendapati lalat pembawa pelbagai kuman penyakit kepada
manusia.
Namun pada tahun 1927 seorang lagi saintis bernama Shope membuat
penemuan mengejutkan apabila mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan
lalat berfungsi membunuh lain-lain kuman bakteria. Kajian Shope ke atas
lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu
membunuh kuman-kuman staphylococcus muscae, escherichia coli, salmonella
paratyphi dan eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit
cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang
pertama di dalam serangga. Hasil penemuan itu mendorong kajian-kajian
seterusnya.
Pada tahun 1934, M.A.Stewart, mendapati lalat berbentuk larva, ketika
dicelup ke dalam luka-luka mengeluarkan bahan amonia dan kalsium
karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Dalam keadaan ini larva
tersebut berfungsi membunuh kuman-kuman penyakit di samping meredakan
bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Larva-larva itu dipercayai
berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya.
Seorang lagi pengkaji S.W. Simmons pada tahun 1935 mendapati lendir yang
dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti
staphylococcus aureus, baemolytic streptococcidan clostridium welchii.
Pada tahun yang sama, W.Robinson dalam kajiannya mendapati larva juga
mengeluarkan allantoin iaitu bahan protein yang membantu pertumbuhan
sel-sel. Semua penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku "Insert
Immunology" karangan Edward Steinhaus.
Pada tahun 1939, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah
kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain dan tidak berbahaya.
Pada tahun 1947, Ernestein, seorang Inggeris juga turut menyelidik
lalat. Hasil penyelidikannya, Ernestein menemui sejenis mikroorganisma
fitriat yang diberi nama ambaza mouski dari golongan antomofterali.
Beliau menyimpulkan bahawa fitriat pada lalat dapat memusnahkan pelbagai
bakteria.
Seterusnya pada tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui
mikroorganisma ini dan memberi nama javasin. Para peneliti lain iaitu
Profesor Kock, Famer (inggeris), Rose Etlengger (Jerman) dan Blatner
(Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama
tentang mikroorganisma tersebut.
Mereka membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat
hanya terdapat hujung kakinya sahaja dan bukan pada seluruh badannya.
Mereka juga menyatakan mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu
tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda
cair, caranya, merendam lalat tersebut di dalam air.
Dari Abu hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila lalat jatuh kedalam minuman salah seorang di antara kamu, maka
rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu
sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Ternyata apa yang disabdakan oleh lidah Nabi Muhammad s.a.w adalah
benar
Saturday, October 27, 2012
Monday, October 8, 2012
Wednesday, September 5, 2012
Tuesday, September 4, 2012
Thursday, August 16, 2012
Isk..Isk..
Dah pun dilancarkan galaxy note terbaru. Sedih tul.. Ingatkn still phablet lagi tp dah jadi tablet. Besar sangat nak usung. Lagi pun dah ada galaxy tab 10.1 dah pun. Huhu..
Galaxy Note 10.1 mula dijual
SEOUL 16 Ogos - Samsung Electronics Co. seolah-olah memberi tamparan kepada Apple apabila mula memasarkan komputer tablet Galaxy Note 10.1 di Amerika Syarikat (AS) bermula hari ini.
Galaxy Note 10.1 yang dilengkapi dengan kemudahan WiFi akan dijual pada harga AS$499 seunit (RM1,564) bagi model asas penyimpanan memori 16 gigabait (GB) dan AS$549 seunit (RM1,721) bagi penyimpanan memori 32GB yang turut dilengkapi slot kad memori binaan luar.
IPad terbaru keluaran Apple dijual pada harga yang sama dengan produk terbaru Samsung itu, tetapi Galaxy Note 10.1 menawarkan beberapa ciri yang tidak dimiliki oleh iPad.
Resolusi skrin komputer tablet Samsung itu juga lebih rendah daripada iPad.
Galaxy Note 10.1 merupakan komputer tablet pertama Samsung yang menggunakan program Android dan dilengkapi dengan pen digital serta boleh melakukan dua aplikasi secara serentak menerusi skrin yang boleh dibahagikan kepada dua paparan.
Menurut penganalisis, kebolehan Galaxy Note 10.1 bertujuan untuk menarik minat pelanggan terdiri daripada ahli perniagaan dan golongan akademik.
Ia merupakan satu strategi yang berkesan daripada bersaing secara langsung dengan iPad yang telah menguasai kira-kira 70 peratus pasaran tablet seluruh dunia.
Samsung mengeluarkan kira-kira enam komputer tablet Android bagi tempoh dua tahun lalu menerusi siri Galaxy Tab namun tidak satu pun daripadanya mampu meraih populariti setanding iPad.
Menurut penganalisis lagi, komputer tablet Android kurang berjaya kerana kekurangan aplikasi dan harga yang lebih tinggi.
Tetapi, menerusi Galaxy Note 10.1, syarikat Korea Selatan itu percaya mereka mempunyai produk yang akan menarik minat firma korporat dan sekolah berbanding iPad yang kaya dengan aplikasi dan paparan skrin yang lebih jelas. - AGENSI
Sumber - Utusan Online
Friday, August 3, 2012
Masanya hampir tiba..
Berita Harian Online
17:36:02 PM
Samsung akan lancar telefon bimbit terbaru bulan ini
SEOUL: Syarikat terkemuka Korea Selatan, Samsung Electronics berkata, mereka akan mengumumkan telefon bimbit terbaru bulan ini, beberapa minggu sebelum iPhone 5 diperkenalkan Apple.Jurucakap Samsung, berkata syarikat terbesar pembuat telefon bimbit itu enggan memberikan maklumat terperinci mengenai peranti itu yang akan dipamerkan di Berlin pada 29 Ogos.
17:36:02 PM
Samsung akan lancar telefon bimbit terbaru bulan ini
SEOUL: Syarikat terkemuka Korea Selatan, Samsung Electronics berkata, mereka akan mengumumkan telefon bimbit terbaru bulan ini, beberapa minggu sebelum iPhone 5 diperkenalkan Apple.Jurucakap Samsung, berkata syarikat terbesar pembuat telefon bimbit itu enggan memberikan maklumat terperinci mengenai peranti itu yang akan dipamerkan di Berlin pada 29 Ogos.
Subscribe to:
Posts (Atom)

