Monday, December 31, 2012

Doa mohon zuriat

ARKIB : 30/12/2012
Utusan Online


Bersama Haji Lokman Abdul Hamid

Soalan
SAYA berumur 37 tahun, sudah berumahtangga selama 12 tahun tetapi belum mempunyai cahaya mata. Saya dan suami sudah menjalani pemeriksaan di hospital dan doktor mengesahkan kami tiada masalah kesuburan.

Kami telah menjalani proses IUI sebanyak tiga kali tetapi gagal. Dua tahun lalu, atas nasihat doktor, kami menjalani IVF. Saya hamil, tetapi selepas dua bulan saya keguguran.

Bolehkah Tuan Haji Lokman memberikan saya ayat al-Quran untuk menolong kami mendapat zuriat?

* Halimah, Kuala

Walaupun wanita hanya melepaskan satu telur tiap bulan, lelaki mengeluarkan satu hingga tiga juta sperma dalam satu ejakulasi. Persenyawaan bergantung kepada bilangan benih lelaki yang mencukupi dan mampu bergerak.

Keduanya, saluran peranakan wanita mempunyai bentuk normal dan tidak ada sekatan atau rintangan yang menghalang perjalanan benih lelaki. Ovum biasa boleh hidup selama 24 ke 28 jam selepas keluar dari ovari. Persetubuhan mesti dilakukan dengan jaya pada waktu kesuburan isteri, kerana ketika itu ovum dikeluarkan.

Masalah kesuburan wanita

1. Endometriosis

Keadaan ini luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim iaitu endometrium tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvik.

Biasanya apabila kedatangan haid tisu endometrium di dinding rahim menebal untuk membantu proses persenyawaan. Apabila tiada proses persenyawaan, dinding uterus luruh dan berlakunya haid.

Sekiranya ada tisu endometrium di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, tisu endometrium akan mengeluarkan darah tetapi tidak dapat mengalir keluar melalui faraj seperti biasa, akibatnya darah berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang menyebabkan kerosakan kepada organ peranakan wanita.

Endometriosis juga boleh mengeluarkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh mematikan benih sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.

2. Kerosakan tiub Fallopian

Saluran Fallopian adalah penting dalam sistem reproduktif wanita. Melaluinya benih lelaki bergerak menemui dan bercantum dengan ovum wanita untuk persenyawaan.

Kadang kala tiub Fallopian tersumbat disebabkan jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.

3. Hormon dan haid

Satu keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).

Ketidakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

4. Fibroid

Fibroid adalah ketumbuhan daripada tisu pada dinding rahim, khususnya lapisan otot. Apabila membesar, fibroid memberi pelbagai masalah seperti mengalami haid yang banyak atau sakit semasa haid.

Fibroid boleh mengakibatkan masalah kesuburan namun ramai wanita mengalami masalah fibroid tetapi masih boleh mengandung dan melahirkan anak.

5. Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS)

Antara tanda utama PCOS, tiada ovulasi, ovari bengkak dan mengandungi sist kecil di dalamnya yang menyebabkan kitaran haid tidak menentu dan menyumbang kepada masalah kesuburan.

Masalah kesuburan lelaki

- kekurangan sperma

Ia berlaku apabila bilangan sperma rendah atau oligosperma semasa ejakulasi.

Jumlah sperma dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi bilangannya kurang daripada 15 juta setiap mililiter air mani.

Keadaan tiada langsung sperma di dalam air mani dipanggil azoospermia. Punca kekurangan atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin atau bengkak buah zakar disebabkan masalah benguk (mumps).

Selain itu, saluran air mani yang mengalir daripada kilang testis boleh rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani. Terdapat banyak lagi punca lain bagi masalah kekurangan sperma.

Rawatan masalah kesuburan

Terdapat pelbagai rawatan moden bagi mengatasi masalah kesuburan seperti intrauterine insemination (IUI), invitro fertilization (IVF) dan Intracytoplasmic sperm injection (ICSI) dan gamete intrafallopian transfer (GIFT).

Semua kaedah ini antara usaha yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri yang mengalami kesukaran mendapatkan zuriat.

Ia mengikut hukum syarak dan diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 16 dan 17 November 1982 membincangkan isu Bayi Tabung Uji. Ia memutuskan bahawa bayi tabung uji daripada benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil bukan daripada suami isteri yang sah, bayi itu adalah tidak sah.

Bayi yang dilahirkan melalui kaedah tabung uji boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka.

Berdasarkan pengalaman mengubati kes kesuburan, ada melibatkan gangguan jin dan sihir. Salah satunya sihir pemisah yang dilakukan bagi memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu. Perpisahan suami dan isteri menjadi tumpuan iblis dan syaitan.

Di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 102, Allah SWT menyatakan ilmu sihir boleh menceraikan seorang suami dengan isterinya. Di dalam Tafsir Ibnu Kathir diceritakan dengan jelas bahawa syaitan amat menghargai golongannya yang mampu memisahkan sepasang suami isteri.

Selain sihir, gangguan saka juga boleh mengakibatkan masalah kesuburan dan keguguran.

Dalam kes Puan Halimah, walaupun telah disahkan oleh pihak hospital yang anda dan suami tiada masalah kesuburan tetapi masih gagal untuk mendapatkan zuriat.

Walaupun berlaku pensenyawaan tetapi jin dan iblis dalam badan isteri akan merosakkan janin dalam rahim dan berlakunya keguguran.

Saya ingin menasihati agar pasangan suami isteri dapat memastikan mereka tidak ada gangguan jin dan sihir di dalam badan mereka sebelum melakukan rawatan IUI atau IVF.

Kos rawatan IUI dianggarkan antara RM500 hingga RM3,000 bergantung kepada rawatan dilakukan di hospital kerajaan atau swasta. Manakala, rawatan IVF pula dianggarkan antara RM10,000 hingga RM 20,000. Memandangkan kos nya tinggi, lebih baik sekiranya dapat memastikan tiada gangguan jin dan sihir di dalam badan terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Proses rawatan adalah mudah dan tidak memakan masa lama. Ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan jin-jin dan sihir adalah seperti berikut:

1. Surah Al-Mukminun, ayat 105 hingga 118

2. Surah Fussilat, ayat 25 hingga 44

3. Surah Al-Baqarah, ayat 165 hingga 186

4. Surah An Nahli ayat 40 hingga 62.

Manakala, untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan yang bersifat perubatan yang tidak ada kena mengena dengan masalah gangguan seperti penyakit endometriosis, PCOS, dan lain-lain, ayat Al-Quran yang selalu diamalkan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah adalah seperti berikut:

1. Surah Maryam, ayat 31 hingga 48

2. Surah An-Nahli, ayat 81 hingga 89

3. Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43

4. Surah Maryam, ayat 75 hingga 98

5. Surah An Nahli, ayat 66 hingga 74

6. Surah An Nisaa’, ayat 127 hingga 140

Akhir sekali, nasihat saya, usahlah berputus asa dengan rezeki Allah. Berikhtiar dan pastikan segala ikhtiar kita tidak bertentangan dengan syarak.

Allah Maha Mendengar, berdoalah kepada-Nya. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk menunaikannya seperti mana Allah telah menunaikannya untuk Nabi Zakaria,

“Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia." - Maryam, 7

Ingat, biar apa jua masalah kesuburan yang sedang dialami, malah meskipun mengalami masalah mandul, Allah masih mampu mengurniakan zuriat, seandainya kita terus berdoa dan berikhtiar.

“Zakaria berkata: “Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua." - Maryam, 8

Mengapa saya berkata begini? Kerana telah banyak masalah kesuburan yang saya temui, dan Alhamdulillah, Allah memperkenankan usaha kami dan doa pasangan, sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa.

Bukanlah mustahil untuk Allah memakbulkan doa kerana firman Allah..“Demikianlah." Tuhan berfirman: “Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan sesunguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali." - Maryam, 9

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121230/ba_01/Doa-mohon-zuriat#ixzz2Gfn4YrqG
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, November 27, 2012

Tips Pemanduan Jarak Jauh

Sumber :
http://daradas23.blogspot.com/2009/09/tips-memandu-dalam-perjalanan-jauh.html

Atas kesedaran yang ada, dengan ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk memandu dalam perjalanan jauh. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memandu dengan hati-hati dan selamat.

Untuk tujuan di atas, berikut adalah 8 tips agar perjalanan anda selamat sampai ke destinasi, insyaAllah.

1. Jauhi laluan memotong
2. Liarkan mata anda di hadapan ketika memandu
3. Berhati-hati dengan Blind Spots
4. Memandulah dengan posisi stering pukul 9 dan 3
5. Awasi pemandu lain berdasarkan rupa dan keadaan kenderaannya
6. Tahu had laju anda
7. Servis Kereta Anda
8. Malam adalah masa rehat

Tips 1: Jauhi laluan memotong

Jikalau anda memandu di bahu kiri jalan atau di tengah-tengah laluan, peluang untuk anda tidak terjerebak dengan kemalangan adalah sangat baik. Kajian menunjukkan bahawa kemalangan banyak berlaku di atas laluan memotong (fast lane). Anda juga memperolehi peluang yang tinggi untuk terus menghimpit ke tepi bagi mengelakkan masalah yang besar jikalau berlaku sesuatu di tengah dan kanan jalan.


Tips 2: Liarkan mata anda di hadapan ketika memandu

Liar memberi maksud menjegil. Menjegil memberi maksud yang lebih mendalam dan sesuai dikategorikan sebagai peninjauan serius (serius observation). Anda bukan sahaja perlu melihat nombor plate kereta dihadapan malah anda perlu lihat trafik yang terbentuk dihadapan kereta tersebut juga. Ini dapat membantu anda melihat masalah di hadapan dengan lebih baik dan memberi peluang yang lebih untuk bertindak terhadapnya.


Tips 3: Berhati-hati dengan Blind Spots

Anda perlu perbetulkan cermin sisi (side mirror) dan rearview mirror anda untuk dapatkan pandangan yang betul-betul selesa untuk anda teliti. Anda juga dinasihatkan untuk sesekali untuk memandang ke sisi jalan untuk menampung kekurangan yang ditunjukkan oleh cermin sisi anda. Pemandu yang bijak akan sentiasa mengambil kira 'blind spots' pemandu yang lain terutamanya pemandu trak yang besar.

[blind spot: Terdapat kawasan yg tidak dapat dikesan oleh mata kita]


Tips 4: Memandulah dengan posisi stering pukul 9 dan 3

Mungkin tidak 'macho' dipandang begitu, tetapi teknik asas yang diajar oleh sekolah memandu anda ini mempunyai nilai yang cukup besar dari segi keselamatan memandu. Rahsia disebalik teknik ini ialah anda mampu mengawal kenderaan anda sepenuhnya jikalau berlaku kemalangan secara tiba-tiba.


Tips 5: Awasi pemandu lain berdasarkan rupa dan keadaan kenderaannya.

Jikalau kereta dihadapan anda usang malah kelihatan tidak diservis dengan baik (asap hitam), secara tidak langsung ia menggambarkan ciri-ciri pemandu yang tidak teliti akan aspek keselamatan pemanduannya. Jauhi jugak pemandu yang suka memegang telefon bimbit ketika memandu.


Tips 6: Tahu had laju anda.

Untuk ini, hukum fizik yang dipelajari semasa di peringkat sekolah sangat berguna untuk dijadikan benteng pemanduan yang lebih selamat. Pastikan anda tahu keadaan kenderaan anda memecut dalam setiap keadaan (bagaimana keadaannya jikalau dipandu diselekoh yang tajam dari segi respons stering etc.) dan tidak kurang juga memastikan masa tindak balas brek kereta anda untuk sekian had laju yang dipandu.


Tips 7: Servis kereta anda.

Tayar, enjin dan mana-mana komponen yang sensitif untuk perjalanan yang jauh perlulah di servis sebaik mungkin. Sila dapatkan khidmat nasihat di kedai servis kereta/tayar.


Tips 8: Malam adalah masa rehat.

Hukum yang Tuhan telah tetapkan sangat adil buat pemandu. Malam merupakan masa yang sangat tidak sesuai untuk bermusafir untuk jarak yang jauh. Keletihan dan penumpuan yang lebih oleh mata anda meningkatkan lagi risiko pemanduan yang kurang selamat. Cuba jauhi pemanduan di waktu malam.

Sebagai pemandu yang bijak lagi berhemah, kita perlu tahu bahawa memandu bukanlah kegiatan yang tidak menggunakan otak. Memandu merupakan latihan yang baik untuk disiplin diri sebagai manusia yang mematuhi undang-undang dan teknik memandu yang baik.

sharing is caring...

Cheers,
MuhammadAzmirMuhamadDan
-----------------------------------------------
Muhammad Azmir Muhamad Dan
Sent from my BlackBerry®
-----------------------------------------------

Monday, November 26, 2012

myMetro | Bacaan betul ayat Kursi

SAYA ingin bertanya mengenai bacaan ayat Kursi kerana ada yang membaca bermula dari “Wa illaahukum ilaahuwaahid”... tetapi ada juga yang membaca bermula dari “Allahahulaailaaha illaa huwal haiyul qiayuum”...

Jadi, yang mana satu yang betul? Mohon penjelasan Dr.

ABU SAMAH,
Johor


KEDUA-duanya adalah sebahagian ayat dalam Surah al-Baqarah. Biasanya dibaca secara berturutan. Ia juga dibaca sebagai wirid termasuk selepas solat.

Ayat “wa-Ilahu-kum ilahun wahid ...” adalah sebahagian ayat 163 daripada Surat al-Baqarah. Maksud ayat secara penuh adalah “Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiadalah Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (al-Baqarah (2): 163)

Menurut Rasulullah, nama Allah yang Maha Agung (ism Allah al-a�zam) disebut dalam ayat 163 ini dan dalam ayat 1-2 dari Surah Ali ‘Imran (Ibn Kathir I: 201)

Sementara ayat “Allah la ilah illa huwa al-hayy al-qayyum ...” ialah dari ayat 255 Surah al-Baqarah. Terjemahan ayat ini secara penuh ialah “Allah, tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” (al-Baqarah (2): 255)

Nama panggilan bagi ayat di atas ialah ayat al-Kursi. Ia dinamakan sempena salah satu daripada perkataan dalam ayat itu, iaitu “... wasi’a kursiyyu-hu al-samawat ...”. Ia adalah ayat yang paling agung dalam al-Quran dan mempunyai banyak kelebihannya (Ibnu Kathir I: 304-10).

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22 (www.hmetro.com.my)

Cat Momento - Nippon Paint