Suka makan dalam keadaan panas? Mari kita fikir sejenak tuntunan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, "Makanan itu tidak boleh disantap kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang. " ( HR. Baihaqi) .
Maka,
jika makanan atau minuman yang hendak engkau nikmati masih panas,
tunggulah sehingga sejuk atau dinginkan, tetapi jangan meniupnya .
Ingatlah sabda Nabi shallallahu ' alaihi wa sallam, " Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan pada makanan / minuman yang panas. " (HR. Al- Hakim dan Ad- Dailami).
Ibnul
Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma'ad, "Nabi
shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah menyantap makanan dalam
keadaan masih panas. " Beliau juga bersabda, " Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya. " ( HR . Darimi dan Ahmad).
Di antara barakah makanan yang sejuk manurut Imam Nawawi rahimahullahu
ta'ala adalah, tidak menyebabkan gangguan dalam tubuh. Maka, masihkah
mahu makan kambing panas- panas?
Suka
makan sate? Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu
'anhu sebagaimana termaktub dalam At -Targhib Wat- Tarhib. "Pernah
Rasulullah ( Shallallahu ' alaihi wa sallam) mendatangi suatu kaum yang
sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tapi
beliau menolak dan tidak makan. Anas bin Malik radhiyallahu ' anhu
berkata, " Rasulullah tidak menyukai makanan bakar dan makanan panas. "
Beliau
bersabda sebagaimana terdapat dalam Al- Jami'ush Shaghir, "Makanlah
makanan yang sejuk sebab makanan sejuk itu ada barakahnya. Ingatlah!
Makanan panas itu tidak ada barakahnya . "
Suka
makan sup? Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan dari Aisyah
radhiyallahu' anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam
memakan sup kaki kambing yang dikirimkan Abu Bakar radhiyallahu' anhu.
Apa
yang patut kita lakukan ketika makan? Kata Imam Nawawi dalam Al-
Adzkaar , "Dianjurkan berbicara ketika makan. " Imam Ahmad rahimahullahu
ta'ala berkata, " Makan sambil memuji Allah itu lebih baik daripada makan sambil diam"
No comments:
Post a Comment