Untuk Buat Paste
- Air (250ml)
- Bawang Putih (3-5 ulas)
- Kicap Pekat (3 sudu besar)
- Kicap Manis (4 sudu besar)
- Sos Tiram (7 sudu besar)
- Otak Udang (1 sudu besar)
- Garam (1-2 sudu kecil)
- Setengah kiub pati ikan bilis
- Kuey teow (Segenggam untuk sekali masak)
- Bawang putih (seulas)
- Cili boh (2 sudu besar)
- Kerang
- 2-4 ekor udang
- Taugeh dan Kucai
- Telur (1 biji untuk sekali masak)
Cara-cara
Untuk membuat paste, campur semua bahan. Panaskan sehingga menjadi pekat. Biarkan sejuk. Paste ini boleh disimpan di dalam peti ais.
Tumis bawang putih. Masukkan lada boh dan tumis hingga garing. Masukkan 5 sudu besar paste. Masukkan udang dan kerang.Masukkan udang dan kerang rebus. Masukkan 1/2 cawan air. Apabila air mendidih, masukkan kucai, taugeh dan kuey teow. Kacau sehingga rata. Akhir sekali pecahkan sebiji telur, kacau dalam 10 saat dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment