Sunday, November 18, 2012

Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung


Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh allah kepada ibu isa iaitu maryam binti imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin a dan c dan juga niasin. ia lazimnya dimakan semasa bulan ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Untuk Seorang Isteri & Bakal Isteri


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang
disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”.

(Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”…

Tuesday, November 13, 2012

Baki Susu Bawa Mudarat

UTUSAN ONLINE
KESIHATAN
Arkib : 01/11/2012


PENGAMALAN tabiat ini bukanlah sekadar rekaan, namun dapat dilihat dengan ketara tatkala pembekalan susu ke sekolah-sekolah rendah kawasan luar bandar yang dilaksanakan menerusi Program Susu 1Malaysia (PS1M).

Menganggapnya sebagai minuman mahal, menyebabkan ada sesetengah murid mengamalkan tabiat berkenaan, tanpa menyedari bahawa perlakuan itu sebenarnya mendedahkan mereka kepada bahaya!

Tabiat minum sedikit dan simpan dalam tempoh penyimpanan agak panjang berpotensi mendedahkan susu kepada penyerangan bakteria.

Ini akan mengakibatkan kerosakan susu dan berupaya menyebabkan seseorang itu mengalami tanda-tanda klinikal seperti cirit-birit dan muntah.

"Apabila diberikan susu UHT (pek menggunakan kotak), kepada murid-murid, mereka seharusnya minum sehingga habis. Sekiranya mengalami kesukaran untuk menghabiskannya, mereka perlu buang dan tidak boleh simpan.

"Ini kerana susu yang terdedah berpotensi kepada penyerangan bakteria. Dan perkara penting harus diketahui ialah bakteria tidak akan berhenti membiak biarpun susu itu ditutup kembali," kata Pengurus Hal Ehwal Korporat Dutch Lady Milk Industries Bhd, Mohd. Afizi Mohd. Ross.

Program PS1M yang digerakkan kembali selepas pemberhentiannya pada 2007, memberi manfaat kepada seramai 1.53 juta murid sekolah dari 7,613 sekolah seluruh negara.

Bagi menjayakan program ini, sebanyak empat pembekal dilantik iaitu, Dutch Lady Milk Industries, Sabah International Dairies Sdn Bhd (SiD), Konsuma Sdn Bhd (Konsuma) dan Hybrid Allied Sdn Bhd (Hybrid).

Peti ais penyelamat?

Biarpun begitu, ada berpendapat bahawa susu yang telah dibuka akan sentiasa berada dalam keadaan "selamat", tidak diserang bakteria, kerana disimpan dalam peti sejuk.

Walhal, realitinya menunjukkan sebaliknya.

Harus diingat, penyimpanan susu dalam tempoh agak lama dalam peti sejuk tetap menyebabkan bakteria menyerang, kerana konsepnya tetap sama yakni menjurus kepada pembiakan bakteria sebaik sahaja susu itu dibuka.

"Kalau bakteria sudah masuk ia tidak akan keluar biarpun anda menutupnya dan menyimpannya dalam peti sejuk. Pembiakan bakteria tetap akan berlaku, cuma mungkin suhu sejuk melambatkannya," katanya kepada Bernama.

Disebabkan itulah, dinasihatkan susu yang telah dibuka, tidak kira sama ada dalam bentuk UHT (pek menggunakan kotak), STM (pek menggunakan botol), perlu dihabiskan secepat mungkin.

Tarikh luput

Dalam pada itu, agak menyedihkan apabila diberitahu masih ramai beranggapan bahawa susu yang telah dibuka masih segar dan selamat diminum, syaratnya ia mesti tidak melebihi daripada tarikh luput ditetapkan.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa pemahaman dan persepsi anda berhubung perkara itu adalah silap sama sekali.

Sekiranya tidak, mengapakah susu itu boleh "basi" sebelum melepasi tarikh luput?

Mohd. Afizi berkata senario itu berpunca daripada penyerangan bakteria, dan atas faktor itulah susu perlu dihabiskan secepat mungkin tanpa mengira bila tarikh luputnya.

"Sebenarnya, tarikh luput adalah merujuk kepada tarikh yang belum dibuka, itu jangka hayat bagi produk susu. Contoh, saya membeli satu produk susu yang belum lagi melepasi tarikh luput.

"Kemudian, saya buka susu itu dan minum separuh. Dan, saya tidak boleh lagi merujuk kepada tarikh luput berkenaan dan perlu habiskan susu itu secepat mungkin," katanya.

Masih ramai mempunyai persepsi bahawa pengambilan susu semasa perut 'kosong' sudah mencukupi.

Walhal, penggantungan seratus peratus kepada susu dengan perut kosong boleh mendedahkan seseorang itu kepada simptom klinikal.

Disebabkan itulah, amalan minum susu dinasihatkan diambil selepas sarapan mahupun makan tengah hari.

Keadaan ini akan bertambah parah, sekiranya seseorang itu mengalami masalah 'intoleransi laktosa'.

Merupakan satu keadaan di mana seseorang itu tidak berkeupayaan untuk mencerna dan menyerap laktosa (gula dalam susu), ia akan menyebabkan sakit perut, rasa mual dan kembung perut apabila mengambil makanan/produk tenusu.

"Situasi ini disebabkan oleh tubuh yang kurang atau tidak mampu mengeluarkan enzim lactase (enzim pencernaan yang dikeluarkan oleh sel-sel di dalam usus kecil) yang bertugas memecahkan gula susu untuk menjadi bentuk yang lebih mudah diserap oleh tubuh," katanya.

Sekiranya proses ini tidak berupaya dicerna dengan baik, ia boleh menyumbang kepada keracunan makanan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka yang menghadapi intoleransi laktosa tidak boleh minum susu.

Disarankan minum susu dalam kuantiti sedikit pada peringkat awal selain diambil bukan dengan perut kosong, lama-kelamaan ia (intoleransi laktosa) akan berkurangan.

"Semasa pemberian susu ke sekolah-sekolah, kami (Dutch Lady) akan pantau sekiranya murid ada intoleransi laktosa.

" Ini kerana, ada murid yang tidak pernah minum susu tidak tahu mereka mempunyai masalah berkenaan," katanya.

Masih rendah

Semua ini menunjukkan tatacara mahupun amalan minum susu dengan cara betul dalam kalangan masyarakat negara ini khususnya kanak-kanak masih rendah.

Mungkin disebabkan ia kurang diberi pendedahan berbanding negara seperti Eropah akan tatacara yang betul dalam pengambilan susu sebagai diet harian.

Terdapat juga anggapan bahawa susu hanya sesuai untuk golongan kanak-kanak dan bukannya orang dewasa. Ini dapat diperjelaskan lagi menerusi kajian Malaysian Adult Nutrition Survey (Mans) yang dijalankan pada 2002/2003.

Hasil kajian itu mendapati, golongan dewasa hanya mengambil susu sebanyak 0.14 gelas sehari berbanding hidangan yang dicadangkan oleh piramid makanan iaitu 1-3 gelas sehari.

"Mengambil tahu tentang cara pengambilan susu yang betul adalah amat penting terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah. Ini boleh mengelakkan daripada berlakunya simptom-simptom klinikal dan sebagainya," katanya. — BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121101/kn_01/Baki-susu-bawa-mudarat#ixzz2C91ZTJFC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, October 27, 2012

Fakta Tentang LALAT

Pada tahun 1871, Prof J. Leidy, seorang pakar bidang ilmu serangga atau entomologist mendapati lalat pembawa pelbagai kuman penyakit kepada manusia.

Namun pada tahun 1927 seorang lagi saintis bernama Shope membuat penemuan mengejutkan apabila mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat berfungsi membunuh lain-lain kuman bakteria. Kajian Shope ke atas lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman staphylococcus muscae, escherichia coli, salmonella paratyphi dan eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga. Hasil penemuan itu mendorong kajian-kajian seterusnya.

Pada tahun 1934, M.A.Stewart, mendapati lalat berbentuk larva, ketika dicelup ke dalam luka-luka mengeluarkan bahan amonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Dalam keadaan ini larva tersebut berfungsi membunuh kuman-kuman penyakit di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Larva-larva itu dipercayai berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya.

Seorang lagi pengkaji S.W. Simmons pada tahun 1935 mendapati lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti staphylococcus aureus, baemolytic streptococcidan clostridium welchii. Pada tahun yang sama, W.Robinson dalam kajiannya mendapati larva juga mengeluarkan allantoin iaitu bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Semua penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku "Insert Immunology" karangan Edward Steinhaus.

Pada tahun 1939, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain dan tidak berbahaya. Pada tahun 1947, Ernestein, seorang Inggeris juga turut menyelidik lalat. Hasil penyelidikannya, Ernestein menemui sejenis mikroorganisma fitriat yang diberi nama ambaza mouski dari golongan antomofterali. Beliau menyimpulkan bahawa fitriat pada lalat dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Seterusnya pada tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama javasin. Para peneliti lain iaitu Profesor Kock, Famer (inggeris), Rose Etlengger (Jerman) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma tersebut.

Mereka membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat hujung kakinya sahaja dan bukan pada seluruh badannya. Mereka juga menyatakan mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair, caranya, merendam lalat tersebut di dalam air.

Dari Abu hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila lalat jatuh kedalam minuman salah seorang di antara kamu, maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Ternyata apa yang disabdakan oleh lidah Nabi Muhammad s.a.w adalah benar