Jika memory card anda tidak boleh dibaca dan komputer meminta anda untuk anda format memory card anda, sila cuba langkah ini untuk dapatkan semula data-data di dalam memory card anda.
Semoga berjaya.
Source: https://www.youtube.com/@Tricknology
Jika memory card anda tidak boleh dibaca dan komputer meminta anda untuk anda format memory card anda, sila cuba langkah ini untuk dapatkan semula data-data di dalam memory card anda.
Semoga berjaya.
Source: https://www.youtube.com/@Tricknology
Harini bila cucuk je memory card dari kamera, terus anti virus dapat detect ada malware. Apa lagi, terus la surun anti virus tu clearkan segala malware tu. Tapi, bila bukak balik memory card tu, isk..isk..hilang folder dan file-file gambar. Adehhh..
Tapi yang pelik, bila tengok ruang storan memory card tu, macam ada file yang besar di dalamnya sedangkan bila buka, ada 1 file dengan size 1KB je. Apa lagi, mulah pencarian dan penjelajahan di pelbagai blog dan youtube untuk dapatkan balik gambar-gambar yang ada dalam memory card tu. Sayang la gambar anak-anak masa kecik.
So, dipendekkan cerita, saya terangkan langkah langkah yang saya lakukan di bawah ini. Moga bermanfaat.
________________________________________________________
Apabila pen drive atau
memory card kita terkena serangan malware, anti virus dalam PC kita akan dapat
mengesan dan seterusnya melakukan proses ‘pembersihan’ dengan cara mengasingkan
atau membuang malware tersebut.
Namun, apa yang
menjadi masalah ialah pada kebiasaannya, setelah kita masuk semula ke dalam pen
drive / memory card kita, kita akan dapati folder atau file di dalamnya telah
tiada.
Ramai yang ambil jalan
mudah dengan format semula pen drive / memory card kerana beranggapan tiada
peluang untuk mendapatkan semula file-file tersebut.
TUNGGU DULU..
Semak semula kapasiti memory pen drive / memory card anda. Jika ada ruang yang telah digunakan tetapi tiada folder / file di dalamnya, mungkin file-file anda telah di’sorokkan’. Apa kata anda cuba untuk keluarkannya kembali. Tak salah mencuba.
Saya beri situasi yang
saya hadapi. Memory card saya telah terkena jangkitan malware. Selepas
dilakukan pembersihan oleh Anti Virus Avast, hanya ada sati file sahaja yang
tinggal.
Jika dilihat sekali
imbas, berkemungkinan semua file-file gambar saya telah dipadamkan mungkin
kerana telah dijangkiti.
Namun, apabila saya melihat kapasiti ruang simpanan memory card saya, ia ditunjukkan seperti berikut.
2.40 GB free of 7.39
GB. Ini bermaksud, ada file yang besar di dalam memory card saya. Mana mungkin
satu file yang berkapasiti 1KB seperti yang saya tunjukkan di atas tadi boleh
memakan ruang simpanan begitu besar.
Jadi, kita mulakan
langkah untuk mencari folder / file yang tersembunyi itu.
LANGKAH 1
Klik START dan taip
cmd pada kotak carian dan ENTER untuk membuka aplikasi Command Prompt.
Setelah tekan ENTER, akan keluarlah
paparan Command Prompt seperti gambar di bawah
LANGKAH 2
Taip attrib -s -r -h /s /d G:*.*
G: adalah drive bagi memory card saya. Jika komputer anda menggunakan HURUF lain, sila ikut HURUF pada komputer anda.
LANGKAH 3
Selepas menaip attrib -s -r -h /s /d G:*.*
Tekan ENTER dan anda akan dapat
paparan di bawah.
LANGKAH 4
Semak isi kandungan dalam pen drive .
memory card anda.
Tadaaa.. Dah ada semula semua folder dan file yang disorokkan tadi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat
untuk anda semua.
.
Dalam sebulan dua ni, boleh dikatakan setiap minggu pasti akan dapat call dari orang Astro tentang promosi Astro Ultrabox. Runsing tul. Bukan tak tertarik, cumanya fungsi remote tu yang rasa sedikit menyedihkan.
Dia nak simplekan button tapi sebenarnya menyusahkan tul. Biar la semua button ada kat remote tu. Tapi akhirnya, orang rumah nak tukar gak. Disebabkan dia yang bayar tiap-tiap bulan dan dia ngan anak-anak yang tengok lebih, tukar jugak la. Janji lepas Running Man tiap minggu dah. Cerita lain tak layan dah musim-musim sekarang sebab Formula 1 pun dah abis dah musim ni. Hahaha..
Seperti dijanjikan, kontraktor Astro pun call untuk datang membuat pemasangan dan penukaran set Astro. Dulu pakai siri Astro B.yond.
Dah beberapa kali panggil orang cuci sinki dapur ni sebab tersumbat sejak beli rumah ni. Tak tahu la apa masalahnya.. Cumanya sebelum ni, orang yang datang tu hanya bersihkan sahaja menggunakan alatan-alatan yang dia bawa.
Tapi sejak beberapa bulan ni, sinki belah kanan tu mula tersumbat balik. Kali ni air langsung tak kurang. Disebabkan dah tak boleh tahan dah, lagi pun dah berbulan-bulan keadaannya sehinggakan tak boleh nak gunakan sinki tu, terpaksa gak hubungi pakar paip untuk datang setelkan.
Sinki dapur tu ada dua. Belah kiri tu untuk basuh dan sebelah kanan biasanya untuk letak pinggan mangkuk yang baru dibasuh tu. Dah kering baru letak di rak.
Semalam orang tu pun datang la untuk baiki apa yang patut.
"Bang, eloknya tukar terus satu set semua. Baru lancar air lalu." kata tukang paip tu.
Adehh..kena tukar semua ke? Xleh ke buka dan cuci je? Huhuhu
Tapi bak orang kata, serahkan pada yang pakar.
"Ok la..Tukar je la mana rasa patut tukar. Janji setel masalah". Malas fikir dah sebab niatnya cuma nak selesaikan masalah yang berbulan-bulan tu sehinggakan dah berbau air tu.
Alhamdulillah.. Akhirnya selesai masalah yang membelenggu hidup selama berbulan-bulan.
Tips daripada pakar ialah, curah air panas daripada mesin penapis air tu seminggu sekali ke dalam laluan paip bagi mengelakkan lemak terkumpul.
Lemak-lemak ni boleh datang dari pelbagai sumber makanan yang kita basuh dan termasuk ke dalam laluan paip sinki. Jadi, air panas boleh mencairkan lemak-lemak tu. Jangan tunggu dia dah tebal sangat sebab air panas dah tak boleh membantu.
.
Apa itu RFID?
Tag RFID adalah pelekat yang mempunyai cip berdasarkan frekuensi radio yang unik antara satu sama lain. Tag ini dilekatkan sama ada di cermin hadapan kereta ataupun lampu hadapan kereta. Sebaiknya, pastikan anda menampal tag RFID berjauhan dari mana-mana bahagian logam kereta sekurang-kurangnya 5 cm supaya tiada gangguan pada frekuensi radio yang akan dipancarkan.
Saya telah membeli tag RFID ini secara online dengan menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet. Langkah-langkah pembelian menerusi Touch n Go eWallet, boleh didapati di laman web berikut:
LANGKAH-LANGKAP PEMBELIAN TAG RFID
Tapi, anda juga boleh membeli tag RFID ini di Shopee atau di mana-mana kedai yang mengambil bahagian. Di kawasan saya, ada kedai telekomunikasi dan kedai tayar yang menjual tag RFID ini. (Dah beli online baru perasan kedai telefon depan tu ada jual.. huhu..)
Setelah beberapa kali digunakan, didapati ada sesetengah tol, bacaan RFID tu amatlah laju seperti di Lebuhraya Guthrie. Tapi di Lebuhraya Senai-Desaru, dah beberapa kali dah jadi insiden RFID tidak dapat dibaca. (Sama ada naik Exora ni atau Myvi orang umah) Kena undur-kedepan beberapa kali baru boleh. Bila nak sampai tol je, kena bawak slow mcm ciput br dia detect. Padahal di Lebuhraya Guthrie, langsung tak ada masalah nak kena bawak terlalu slow ke.Sampaikan kadang-kadang, sanggup gunakan Smart Tag biasa lagi. Laju pun laju.
Sepatutnya teknologi lebih memudahkan. Bukan menyusahkan. Semoga penambahbaikan akan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Masalah bila guna barangan daripada Apple ni ialah storan dalaman dia sikit. Contoh macam iPad Air 4 ni, dia cuma bagi 256gb je. Orang lain mungkin cukup kot, tidak bagi diri ini. Kalau pakai android tablet, boleh tambahkan memory card. iPad ni tak boleh.
Sementara nak beli portable hard disk, pen drive ni adalah jalan penyelesaiannya. Terus beli yang 256gb. Yang penting, mudah untuk transfer data dari laptop ke iPad dengan menggunakan pendrive ni sebab pendrive ni ada USB type-A dan type-C di kedua-dua hujungnya.
Untuk cucuk ke laptop, pakai type-A dan untuk cucuk ke iPad/handphone, guna type-C. Sangat mudah.