Apa itu RFID?
Tag RFID adalah pelekat yang mempunyai cip berdasarkan frekuensi radio yang unik antara satu sama lain. Tag ini dilekatkan sama ada di cermin hadapan kereta ataupun lampu hadapan kereta. Sebaiknya, pastikan anda menampal tag RFID berjauhan dari mana-mana bahagian logam kereta sekurang-kurangnya 5 cm supaya tiada gangguan pada frekuensi radio yang akan dipancarkan.
Saya telah membeli tag RFID ini secara online dengan menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet. Langkah-langkah pembelian menerusi Touch n Go eWallet, boleh didapati di laman web berikut:
LANGKAH-LANGKAP PEMBELIAN TAG RFID
Tapi, anda juga boleh membeli tag RFID ini di Shopee atau di mana-mana kedai yang mengambil bahagian. Di kawasan saya, ada kedai telekomunikasi dan kedai tayar yang menjual tag RFID ini. (Dah beli online baru perasan kedai telefon depan tu ada jual.. huhu..)
Setelah beberapa kali digunakan, didapati ada sesetengah tol, bacaan RFID tu amatlah laju seperti di Lebuhraya Guthrie. Tapi di Lebuhraya Senai-Desaru, dah beberapa kali dah jadi insiden RFID tidak dapat dibaca. (Sama ada naik Exora ni atau Myvi orang umah) Kena undur-kedepan beberapa kali baru boleh. Bila nak sampai tol je, kena bawak slow mcm ciput br dia detect. Padahal di Lebuhraya Guthrie, langsung tak ada masalah nak kena bawak terlalu slow ke.Sampaikan kadang-kadang, sanggup gunakan Smart Tag biasa lagi. Laju pun laju.
Sepatutnya teknologi lebih memudahkan. Bukan menyusahkan. Semoga penambahbaikan akan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment