Thursday, January 14, 2021

Cara Nak Cari Semula Folder Atau File Dalam Pen Drive/Memory Card Yang ‘Hilang’ Selepas Terkena Serangan Malware Menggunakan Command Prompt

Harini bila cucuk je memory card dari kamera, terus anti virus dapat detect ada malware. Apa lagi, terus la surun anti virus tu clearkan segala malware tu. Tapi, bila bukak balik memory card tu, isk..isk..hilang folder dan file-file gambar. Adehhh..

Tapi yang pelik, bila tengok ruang storan memory card tu, macam ada file yang besar di dalamnya sedangkan bila buka, ada 1 file dengan size 1KB je. Apa lagi, mulah pencarian dan penjelajahan di pelbagai blog dan youtube untuk dapatkan balik gambar-gambar yang ada dalam memory card tu. Sayang la gambar anak-anak masa kecik.

So, dipendekkan cerita, saya terangkan langkah langkah yang saya lakukan di bawah ini. Moga bermanfaat.

________________________________________________________

Apabila pen drive atau memory card kita terkena serangan malware, anti virus dalam PC kita akan dapat mengesan dan seterusnya melakukan proses ‘pembersihan’ dengan cara mengasingkan atau membuang malware tersebut.

Namun, apa yang menjadi masalah ialah pada kebiasaannya, setelah kita masuk semula ke dalam pen drive / memory card kita, kita akan dapati folder atau file di dalamnya telah tiada.

Ramai yang ambil jalan mudah dengan format semula pen drive / memory card kerana beranggapan tiada peluang untuk mendapatkan semula file-file tersebut.

 

TUNGGU DULU..

Semak semula kapasiti memory pen drive / memory card anda. Jika ada ruang yang telah digunakan tetapi tiada folder / file di dalamnya, mungkin file-file anda telah di’sorokkan’. Apa kata anda cuba untuk keluarkannya kembali. Tak salah mencuba.

Saya beri situasi yang saya hadapi. Memory card saya telah terkena jangkitan malware. Selepas dilakukan pembersihan oleh Anti Virus Avast, hanya ada sati file sahaja yang tinggal.

Jika dilihat sekali imbas, berkemungkinan semua file-file gambar saya telah dipadamkan mungkin kerana telah dijangkiti.

 


Namun, apabila saya melihat kapasiti ruang simpanan memory card saya, ia ditunjukkan seperti berikut.


2.40 GB free of 7.39 GB. Ini bermaksud, ada file yang besar di dalam memory card saya. Mana mungkin satu file yang berkapasiti 1KB seperti yang saya tunjukkan di atas tadi boleh memakan ruang simpanan begitu besar.

 

Jadi, kita mulakan langkah untuk mencari folder / file yang tersembunyi itu.

 

LANGKAH 1

Klik START dan taip cmd pada kotak carian dan ENTER untuk membuka aplikasi Command Prompt.

 

Setelah tekan ENTER, akan keluarlah paparan Command Prompt seperti gambar di bawah

 



LANGKAH 2

 

Taip         attrib -s -r -h /s /d G:*.*

 

G: adalah drive bagi memory card saya. Jika komputer anda menggunakan HURUF lain, sila ikut HURUF pada komputer anda.



LANGKAH 3

Selepas menaip         attrib -s -r -h /s /d G:*.*

Tekan ENTER dan anda akan dapat paparan di bawah.

 


LANGKAH 4

Semak isi kandungan dalam pen drive . memory card anda.

 


Tadaaa.. Dah ada semula semua folder dan file yang disorokkan tadi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

.

No comments:

Post a Comment