Thursday, January 14, 2021

Astro Ultrabox : Rindu Astro B.yond

Dalam sebulan dua ni, boleh dikatakan setiap minggu pasti akan dapat call dari orang Astro tentang promosi Astro Ultrabox. Runsing tul. Bukan tak tertarik, cumanya fungsi remote tu yang rasa sedikit menyedihkan. 

Dia nak simplekan button tapi sebenarnya menyusahkan tul. Biar la semua button ada kat remote tu. Tapi akhirnya, orang rumah nak tukar gak. Disebabkan dia yang bayar tiap-tiap bulan dan dia ngan anak-anak yang tengok lebih, tukar jugak la. Janji lepas Running Man tiap minggu dah. Cerita lain tak layan dah musim-musim sekarang sebab Formula 1 pun dah abis dah musim ni. Hahaha..

Seperti dijanjikan, kontraktor Astro pun call untuk datang membuat pemasangan dan penukaran set Astro. Dulu pakai siri Astro B.yond. 




Remote yang dah agak nazak sebab asyik terjatuh je kalo kat tangan anak-anak.


Macam ni lah rupa set PVR Astro B.yond


Punyalah mencari kotak. Kot orang Astro tu nak balik satu set semua. Akhirnya jumpa jugak.

Kontraktor Astro tu janji kul 11 pagi akan sampai untuk proses pemasangan dan penggantian set Astro Ultrabox. Sesambil menunggu tu, lap-lap apa yang patut. Set PVR tu memang dah berhabuk dah duk kat rak tu.


Penampakan makhluk ni di hadapan kotak.


Beginilah rupa kotak set Astro Ultrabox.


User guide yang kita takkan baca. Lebih suka trial and error. 
Hahahaha..


Beginilah rupa remote Astro Ultrabox. Memang cun dan minimalis tapi untuk yang dah berusia macam diri ni, lebih suka remote lama yang banyak button tu. Huhu..

Ok, apabila kontraktor Astro tu datang, mereka akan panjat bumbung dulu untuk tukar set pada piring Astro kita tu. Kemudian baru diorang akan tukar set PVR dan setting mana yang patut.

Dalam kotak Astro Ultrabox tu akan dapat:
a) Set PVR
b) Power Adapter
c) Kabel HDMI
d) Remote 
e) Bateri remote
f) User Guide
g) Installation Guide



Proses menggantikan set PVR dan menyetting apa yang patut. Sesambil tu, wakil Astro ni akan memberi penerangan cara menggunakan set PVR baru ini termasuk cara penggunaan remote.

Masa penerangan daripada wakil Astro ni, tanya la semua yang nak tau. Jangan malu-malu. Kenapa? Sebab bertanya itu lebih mudah berbanding baca user guide. Hehehe..


Beginilah rupa set PVR Astro Ultrabox yang telah siap dipasang.


Jangan tanya mana jam. Haha.. Memang tiada paparan LED. Hanya ada lampu LED sahaja di bahagian hadapan. Warna oren menandakan standby manakala warna merah on.


Di bahagian sisi kiri ada 2 button, power button dan remote button


Di bahagian sisi kanan pula ada slot sim card dan slot micro SD


Beginilah paparan bila pakai Ultrabox
(abaikan bucu atas yang dah putih tu. orang kedai cakap, tunggu masa je untuk TV ni lelap selamanya)

Jadi apa bezanya dengan yang lama? Sebenarnya paparan lebih kurang sahaja, cumanya Ultrabox lebih kepada paparan bergambar manakala yang lama paparan teks. Bagi saya, lebih suka paparan teks sebab lebih padat. Tapi ada kelebihan paparan bergambar terutama cerita bersiri sebab dia akan paparkan gambar siri terbabit. Jadi, kita boleh tau yang mana episod yang kita cari.

Kalau tengok paparan di TV tu, ada pilihan movie untk 4K UHD. Movie/cerita ini hanya boleh ditonton jika kita ada TV yang support 4K. Macam TV saya ni tak support 4K, jadi tak boleh la nak tengok. Kalau tekan pun, akan ada mesej menyatakan TV kita tak support 4K. Rugi tul. Best-best pula cerita-ceritanya. Huuuuu..

Lagi satu yang nyata, untuk ruang memori simpanan bagi rakaman adalah selama 200 jam secara cloud. Tidak lagi menggunakan hard disk. Besar tu. Tapiii.....
Kalau dulu, kita record sesuatu cerita, kita boleh tengok semula walaupun hujan lebat dan tiada internet sebab dan save dalam hard disk tapi kini tak boleh. Walaupun kita dah record, disebabkan cerita tu disimpan di dalam cloud, anda masih memerlukan internet untuk tonton semula. Jika tiada internet, tetap tak boleh juga. Isk2..

Jadi, sebelum beralih ke Astro Ultrabox, buatlah pertimbangan sewajarnya. Selidik lah dahulu kebaikan dan keburukannya. Yang penting kena ada talian internet berkelajuan tinggi dan kalau boleh, ada TV yang support 4K.

Macam saya, tak kesah sangat sebab yang penting Tazkiran Pagi, Slot Motivasi Pagi, Running Man dan Formula 1 je. Yang lain tak berapa layan. So, bila wife nak tukar, layankan aje. Lagi pun dia yang bayar. :-p
(cuma sekarang dah mula tanya-tanya pasal TV 4K. Huh.. Buat-buat tak dengar je.)

.

No comments:

Post a Comment