Thursday, January 14, 2021

Cara Nak Cari Semula Folder Atau File Dalam Pen Drive/Memory Card Yang ‘Hilang’ Selepas Terkena Serangan Malware Menggunakan Command Prompt

Harini bila cucuk je memory card dari kamera, terus anti virus dapat detect ada malware. Apa lagi, terus la surun anti virus tu clearkan segala malware tu. Tapi, bila bukak balik memory card tu, isk..isk..hilang folder dan file-file gambar. Adehhh..

Tapi yang pelik, bila tengok ruang storan memory card tu, macam ada file yang besar di dalamnya sedangkan bila buka, ada 1 file dengan size 1KB je. Apa lagi, mulah pencarian dan penjelajahan di pelbagai blog dan youtube untuk dapatkan balik gambar-gambar yang ada dalam memory card tu. Sayang la gambar anak-anak masa kecik.

So, dipendekkan cerita, saya terangkan langkah langkah yang saya lakukan di bawah ini. Moga bermanfaat.

________________________________________________________

Apabila pen drive atau memory card kita terkena serangan malware, anti virus dalam PC kita akan dapat mengesan dan seterusnya melakukan proses ‘pembersihan’ dengan cara mengasingkan atau membuang malware tersebut.

Namun, apa yang menjadi masalah ialah pada kebiasaannya, setelah kita masuk semula ke dalam pen drive / memory card kita, kita akan dapati folder atau file di dalamnya telah tiada.

Ramai yang ambil jalan mudah dengan format semula pen drive / memory card kerana beranggapan tiada peluang untuk mendapatkan semula file-file tersebut.

 

TUNGGU DULU..

Semak semula kapasiti memory pen drive / memory card anda. Jika ada ruang yang telah digunakan tetapi tiada folder / file di dalamnya, mungkin file-file anda telah di’sorokkan’. Apa kata anda cuba untuk keluarkannya kembali. Tak salah mencuba.

Saya beri situasi yang saya hadapi. Memory card saya telah terkena jangkitan malware. Selepas dilakukan pembersihan oleh Anti Virus Avast, hanya ada sati file sahaja yang tinggal.

Jika dilihat sekali imbas, berkemungkinan semua file-file gambar saya telah dipadamkan mungkin kerana telah dijangkiti.

 


Namun, apabila saya melihat kapasiti ruang simpanan memory card saya, ia ditunjukkan seperti berikut.


2.40 GB free of 7.39 GB. Ini bermaksud, ada file yang besar di dalam memory card saya. Mana mungkin satu file yang berkapasiti 1KB seperti yang saya tunjukkan di atas tadi boleh memakan ruang simpanan begitu besar.

 

Jadi, kita mulakan langkah untuk mencari folder / file yang tersembunyi itu.

 

LANGKAH 1

Klik START dan taip cmd pada kotak carian dan ENTER untuk membuka aplikasi Command Prompt.

 

Setelah tekan ENTER, akan keluarlah paparan Command Prompt seperti gambar di bawah

 



LANGKAH 2

 

Taip         attrib -s -r -h /s /d G:*.*

 

G: adalah drive bagi memory card saya. Jika komputer anda menggunakan HURUF lain, sila ikut HURUF pada komputer anda.



LANGKAH 3

Selepas menaip         attrib -s -r -h /s /d G:*.*

Tekan ENTER dan anda akan dapat paparan di bawah.

 


LANGKAH 4

Semak isi kandungan dalam pen drive . memory card anda.

 


Tadaaa.. Dah ada semula semua folder dan file yang disorokkan tadi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

.

Astro Ultrabox : Rindu Astro B.yond

Dalam sebulan dua ni, boleh dikatakan setiap minggu pasti akan dapat call dari orang Astro tentang promosi Astro Ultrabox. Runsing tul. Bukan tak tertarik, cumanya fungsi remote tu yang rasa sedikit menyedihkan. 

Dia nak simplekan button tapi sebenarnya menyusahkan tul. Biar la semua button ada kat remote tu. Tapi akhirnya, orang rumah nak tukar gak. Disebabkan dia yang bayar tiap-tiap bulan dan dia ngan anak-anak yang tengok lebih, tukar jugak la. Janji lepas Running Man tiap minggu dah. Cerita lain tak layan dah musim-musim sekarang sebab Formula 1 pun dah abis dah musim ni. Hahaha..

Seperti dijanjikan, kontraktor Astro pun call untuk datang membuat pemasangan dan penukaran set Astro. Dulu pakai siri Astro B.yond. 




Remote yang dah agak nazak sebab asyik terjatuh je kalo kat tangan anak-anak.


Macam ni lah rupa set PVR Astro B.yond


Punyalah mencari kotak. Kot orang Astro tu nak balik satu set semua. Akhirnya jumpa jugak.

Kontraktor Astro tu janji kul 11 pagi akan sampai untuk proses pemasangan dan penggantian set Astro Ultrabox. Sesambil menunggu tu, lap-lap apa yang patut. Set PVR tu memang dah berhabuk dah duk kat rak tu.


Penampakan makhluk ni di hadapan kotak.


Beginilah rupa kotak set Astro Ultrabox.


User guide yang kita takkan baca. Lebih suka trial and error. 
Hahahaha..


Beginilah rupa remote Astro Ultrabox. Memang cun dan minimalis tapi untuk yang dah berusia macam diri ni, lebih suka remote lama yang banyak button tu. Huhu..

Ok, apabila kontraktor Astro tu datang, mereka akan panjat bumbung dulu untuk tukar set pada piring Astro kita tu. Kemudian baru diorang akan tukar set PVR dan setting mana yang patut.

Dalam kotak Astro Ultrabox tu akan dapat:
a) Set PVR
b) Power Adapter
c) Kabel HDMI
d) Remote 
e) Bateri remote
f) User Guide
g) Installation Guide



Proses menggantikan set PVR dan menyetting apa yang patut. Sesambil tu, wakil Astro ni akan memberi penerangan cara menggunakan set PVR baru ini termasuk cara penggunaan remote.

Masa penerangan daripada wakil Astro ni, tanya la semua yang nak tau. Jangan malu-malu. Kenapa? Sebab bertanya itu lebih mudah berbanding baca user guide. Hehehe..


Beginilah rupa set PVR Astro Ultrabox yang telah siap dipasang.


Jangan tanya mana jam. Haha.. Memang tiada paparan LED. Hanya ada lampu LED sahaja di bahagian hadapan. Warna oren menandakan standby manakala warna merah on.


Di bahagian sisi kiri ada 2 button, power button dan remote button


Di bahagian sisi kanan pula ada slot sim card dan slot micro SD


Beginilah paparan bila pakai Ultrabox
(abaikan bucu atas yang dah putih tu. orang kedai cakap, tunggu masa je untuk TV ni lelap selamanya)

Jadi apa bezanya dengan yang lama? Sebenarnya paparan lebih kurang sahaja, cumanya Ultrabox lebih kepada paparan bergambar manakala yang lama paparan teks. Bagi saya, lebih suka paparan teks sebab lebih padat. Tapi ada kelebihan paparan bergambar terutama cerita bersiri sebab dia akan paparkan gambar siri terbabit. Jadi, kita boleh tau yang mana episod yang kita cari.

Kalau tengok paparan di TV tu, ada pilihan movie untk 4K UHD. Movie/cerita ini hanya boleh ditonton jika kita ada TV yang support 4K. Macam TV saya ni tak support 4K, jadi tak boleh la nak tengok. Kalau tekan pun, akan ada mesej menyatakan TV kita tak support 4K. Rugi tul. Best-best pula cerita-ceritanya. Huuuuu..

Lagi satu yang nyata, untuk ruang memori simpanan bagi rakaman adalah selama 200 jam secara cloud. Tidak lagi menggunakan hard disk. Besar tu. Tapiii.....
Kalau dulu, kita record sesuatu cerita, kita boleh tengok semula walaupun hujan lebat dan tiada internet sebab dan save dalam hard disk tapi kini tak boleh. Walaupun kita dah record, disebabkan cerita tu disimpan di dalam cloud, anda masih memerlukan internet untuk tonton semula. Jika tiada internet, tetap tak boleh juga. Isk2..

Jadi, sebelum beralih ke Astro Ultrabox, buatlah pertimbangan sewajarnya. Selidik lah dahulu kebaikan dan keburukannya. Yang penting kena ada talian internet berkelajuan tinggi dan kalau boleh, ada TV yang support 4K.

Macam saya, tak kesah sangat sebab yang penting Tazkiran Pagi, Slot Motivasi Pagi, Running Man dan Formula 1 je. Yang lain tak berapa layan. So, bila wife nak tukar, layankan aje. Lagi pun dia yang bayar. :-p
(cuma sekarang dah mula tanya-tanya pasal TV 4K. Huh.. Buat-buat tak dengar je.)

.

Tuesday, January 12, 2021

Sinki Dapur: Asyik tersumbat..

 

Dah beberapa kali panggil orang cuci sinki dapur ni sebab tersumbat sejak beli rumah ni. Tak tahu la apa masalahnya.. Cumanya sebelum ni, orang yang datang tu hanya bersihkan sahaja menggunakan alatan-alatan yang dia bawa.

Tapi sejak beberapa bulan ni, sinki belah kanan tu mula tersumbat balik. Kali ni air langsung tak kurang. Disebabkan dah tak boleh tahan dah, lagi pun dah berbulan-bulan keadaannya sehinggakan tak boleh nak gunakan sinki tu, terpaksa gak hubungi pakar paip untuk datang setelkan.

Sinki dapur tu ada dua. Belah kiri tu untuk basuh dan sebelah kanan biasanya untuk letak pinggan mangkuk yang baru dibasuh tu. Dah kering baru letak di rak.



Sinki belah kanan ini yang tersumbat. Air bertakung je.


Sehinggakan air menitik ke bawah sebab dah lama air tak boleh mengalir.

Semalam orang tu pun datang la untuk baiki apa yang patut. 

"Bang, eloknya tukar terus satu set semua. Baru lancar air lalu." kata tukang paip tu.

Adehh..kena tukar semua ke? Xleh ke buka dan cuci je? Huhuhu

Tapi bak orang kata, serahkan pada yang pakar.

"Ok la..Tukar je la mana rasa patut tukar. Janji setel masalah". Malas fikir dah sebab niatnya cuma nak selesaikan masalah yang berbulan-bulan tu sehinggakan dah berbau air tu.


Beginilah keadaan dalam paip. Patutlah air tak boleh mengalir. Penuh dengan mendapan lemak.
Isk.. Isk..


Setelah selesai memotong semua sistem paip lama, pakar pun meneruskan operasi memasang set perpaipan yang baru.


Beginilah set perpaipan yang baru setelah siap dipasang.


Selesai. Tiada lagi masalah air tersumbat.

Alhamdulillah.. Akhirnya selesai masalah yang membelenggu hidup selama berbulan-bulan.

Tips daripada pakar ialah, curah air panas daripada mesin penapis air tu seminggu sekali ke dalam laluan paip bagi mengelakkan lemak terkumpul.

Lemak-lemak ni boleh datang dari pelbagai sumber makanan yang kita basuh dan termasuk ke dalam laluan paip sinki. Jadi, air panas boleh mencairkan lemak-lemak tu. Jangan tunggu dia dah tebal sangat sebab air panas dah tak boleh membantu.

.

Sunday, January 10, 2021

RFID: Teknologi Baru yang Tak Berapa Laju dari Smart Tag.

 Apa itu RFID?

Tag RFID adalah pelekat yang mempunyai cip berdasarkan frekuensi radio yang unik antara satu sama lain. Tag ini dilekatkan sama ada di cermin hadapan kereta ataupun lampu hadapan kereta. Sebaiknya, pastikan anda menampal tag RFID berjauhan dari mana-mana bahagian logam kereta sekurang-kurangnya 5 cm supaya tiada gangguan pada frekuensi radio yang akan dipancarkan.

Saya telah membeli tag RFID ini secara online dengan menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet. Langkah-langkah pembelian menerusi Touch n Go eWallet, boleh didapati di laman web berikut:

LANGKAH-LANGKAP PEMBELIAN TAG RFID

Tapi, anda juga boleh membeli tag RFID ini di Shopee atau di mana-mana kedai yang mengambil bahagian. Di kawasan saya, ada kedai telekomunikasi dan kedai tayar yang menjual tag RFID ini. (Dah beli online baru perasan kedai telefon depan tu ada jual.. huhu..)


Beginilah pandangan hadapan bungkusan tag RFID


Pandangan belakang pula


Ini pandangan dalam pek. Ada ditunjukkan cara nak lekat tag RFID.
Di sebelah kanan sepatutnya ada kepingan tag RFID tapi tak perasan dah keluarkan masa tangkap gambar ni. Isk2..


Beginilah rupa setelah tag RFID ditampal di lampu hadapan belah kiri.

Setelah beberapa kali digunakan, didapati ada sesetengah tol, bacaan RFID tu amatlah laju seperti di Lebuhraya Guthrie. Tapi di Lebuhraya Senai-Desaru, dah beberapa kali dah jadi insiden RFID tidak dapat dibaca. (Sama ada naik Exora ni atau Myvi orang umah) Kena undur-kedepan beberapa kali baru boleh. Bila nak sampai tol je, kena bawak slow mcm ciput br dia detect. Padahal di Lebuhraya Guthrie, langsung tak ada masalah nak kena bawak terlalu slow ke.Sampaikan kadang-kadang, sanggup gunakan Smart Tag biasa lagi. Laju pun laju.

Sepatutnya teknologi lebih memudahkan. Bukan menyusahkan. Semoga penambahbaikan akan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.


SanDisk Ultra Dual Drive Go: Mudah untuk Transfer Data

 Masalah bila guna barangan daripada Apple ni ialah storan dalaman dia sikit. Contoh macam iPad Air 4 ni, dia cuma bagi 256gb je. Orang lain mungkin cukup kot, tidak bagi diri ini. Kalau pakai android tablet, boleh tambahkan memory card. iPad ni tak boleh.

Sementara nak beli portable hard disk, pen drive ni adalah jalan penyelesaiannya. Terus beli yang 256gb. Yang penting, mudah untuk transfer data dari laptop ke iPad dengan menggunakan pendrive ni sebab pendrive ni ada USB type-A dan type-C di kedua-dua hujungnya.

Untuk cucuk ke laptop, pakai type-A dan untuk cucuk ke iPad/handphone, guna type-C. Sangat mudah.


Beli 256gb terus. Mudah nak sumbat file-file yang besar.


Cucuk je pendrive, terus detect.

So, sekarang dah mudah untuk laksanakan kerja kat pelbagai peranti.



Beg Haweel: Kompak dan Berkualiti

Beg jenama Haweel ini amat sesuai bagi sesiapa yang inginkan sebuah beg untuk tablet atau laptop yang ringkas.

Dah cuba muatkan iPad, keyboard, pen drive ke dalam ni dan wow.. masih boleh muat kesemuanya tanpa ada apa-apa gelembung pada beg. Cuma bila masukkan mouse, akan nampak sikit gelembung pada beg. Tapi masih ok sbb mouse Logitech Pebble M350 tu nipis.

Kualiti beg ini sangat baik. Span sangat tebal. Jadi tak perlu risau anda kata iPad terjatuh. Beg ini juga adalah kalis air. Kalo takat nak redah hujan bila keluar dari kereta tu, tak ada masalah.


Beg dibungkus dalam plastik yang berkualiti.


Ada poket di bahagian hadapan. Boleh masukkan charger dan pendrive.


Untuk ruangan utama, boleh masukkan iPad dan bluetooth keyboard tanpa ada masalah


Bluetooth Keyboard: Mudahkan urusan seharian

Kali ni nak cerita tentang bluetooth keyboard pula. Bila kita menaip menggunakan on screen keyboard pada iPad, feel dia lain. Agak tidak menyeronokkan dan ruang skrin akan menjadi kecil.

Oleh itu, penyelesaiannya adalah dengan menggunakan bluetooth keyboard untuk kerja-kerja menaip.
Keyboard ini dibeli melalui Shopee. Dengan menggunakan bluetooth untuk berhubung dengan iPad, ianya amat memudahkan urusan harian.

Keyboard ini dikuasakan dengan batei sebesar 250mAh yang boleh bertahan selama 44 jam penggunaan berterusan. Terdapat port pengecasan micro usn di bahagian tepi keyboard untuk mengecas.


Beginilah rupa bluetooth keyboard yang dibeli


Keynya sangat sedap untuk ditaip.


Terdapat dua button:
a) Connect : untuk membuat hubungan dengan iPad secara bluetooth
b) Off/On : untuk hidup dan matikan kuasa keyboard


Keyboard ini boleh digunakan untuk 3 platform:
a) Android (tablet/handphone)
b) Windows
c) iOS


Logitech Pebble M350: Mouse yang Comel

Bila dah nak gunakan iPad untuk jadikannya sebagai mini komputer, makanya kita memerlukan beberapa device sokongan untuk membantu kita melaksanakan tugasan secara maksimum. 

Antara device asal yang perlua ada adalah seperti mouse dan keyboard. Disebabkan itu juga, pencarian mouse pun bermula. Setelah diteliti dengan sedalamnya, keputusan telah dibuat untuk menangkap 'tikus' ini. 

Bluetooth mouse keluaran Logitech ini amat sesuai untuk dipadankan dengan iPad Air 4. Model Pebble M350 ni sangat la comel, ringan dan senyap. Suka sangat dengan designnya.


Rupa luaran kotak Pebble M350.


Isi kandungan kotak:
a) Bluetooth Mouse
b) Manual


Dari sisi dah boleh nampak betapa nipisnyanya mouse ni. Sedap dipegang dan mudah digunakan.


Ini adalah button On/Off.


Ini pula adalah button untuk kita connect dengan sambungan bluetooth komputer/tablet/handphone


Logitech menyatakan bahawa satu bateri dapat digunakan selama 18 bulan.

Setakat hari ini, amat selesa menggunakan mouse ini. Bukan sahaja kecil tapi prestasinya juga amat baik.
Kecil-kecil cili padi.
.


iPad Cover yang ada Pemegang Apple Pencil : Senang Simpan Pensel

iPad cover ni sebenarnya dah beli awal sebelum iPad tu sampai ke tangan. Haha.. So, bila dah dapat iPad tu, leh terus pasang. Tak ada la nak menunggu beli cover pula.

Cover ni jenis bertutup penuh. Diperbuat dari TPU + PU Leather. Mudahnya cover ni sebab boleh dilipat menjadi stand kepada iPad kalo nak buat kerja atau nak tengok movie.

Cover ni juga ada menyediakan tempat untuk meletakkan Apple Pencil. Jadi, xde la letak pensel tu merata-rata. Kalo hilang, nangis tak berlagu la. Harga dah la macam hape.




Lapisan depan boleh dilipat untuk dijadikan stand


Macam ni la rupa bila dah dipasangkan iPad ke dalamnya. 
Ruangan letak Apple Pencil pun ada.